Sunday 9 June 2013

Singgah Di Kellie's Castle

Dalam perjalanan balik ke rumah, aku singgah di Kellie's Castle, yang terletak di Batu Gajah.

Khabarnya seorang hartawan dari Scotland bernama Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras.

Malangnya 'istana' ini tidak dapat disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun.

Berikut aku kongsikan bersama kalian sebahagian dari gambar yang sempat aku diambil ketika singgah tempoh hari.

 Bentuk bangunan seperti di Scotland
 Cantik dan menarik
 Kononnya nak buat lif kat sini
Bahagian belakang
 Cerita sebenar tentang rumah ini
 Ini apa pula?
Apa yang ditulis tu?

 Ruang tamu

Kalian nampak tak bentuk kepala beruang kat pokok tu?
Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi... Jom Cuti-Cuti Perak!

No comments:

Post a Comment