Tuesday 27 August 2013

Tahukah Anda - Stesen Taiping Kini Sebuah Perhentian?

Tahukah anda mulai 02 Mei 2013 yang lalu, Stesen Taiping telah ditutup sebagai stesen operasi. Kini stesen tersebut status sebagai perhentian penumpang. Jika benar perkara itu berlaku, maka peta di bawah boleh menyokong statusnya sebagai Perhentian Taiping atau Taiping Halt.
Adalah amat malang sekali setelah berkhidmat sejak dari tahun 1885, kini Taiping hanya mempunyai sebuah perhentian keretapi. Stesen Keretapi Taiping yang dahulunya menjadi kebanggaan penduduk setempat, bakal lenyap ditelan arus Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar.

Gambar di bawah aku ambil dari laman sesawang rasmi Projek Landasan Berkembar Ipoh Padang Besar (http://www.2t.com.my) yang menunjukkan Perhentian Taiping dalam tahap akhir pembinaan.
Gambar di bawah ini pula menunjukkan Perhentian Taiping dalam pembinaan.



Manakala gambar di bawah ini sekadar mengimbau kembali kenangan mengambil gambar sewaktu menaiki tren melewati Stesen Taiping.

Tinggallah sejarah gemilang Stesen Taiping. Lembaran baru sebagai sebuah perhentian kini sudah bermula.

5 comments:

  1. salam Tuan..
    satu lagi stesen bersejarah akan lenyap ... tapi dengar khabarnya stesen lama masih dikekalkan dan mungkin dijadikan muzium. wallhualambissawab

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Hafez,
    tak pasti lah sebab KTMB sedang membangunkan sebuah muzium di Bangunan Stesen Keretapi Johor Bahru. kita tunggu dan lihat yer....

    ReplyDelete
  3. salam Tuan.
    Ada juga saya mendapat khbar stesen Gemas pun akan dikekalkan untuk dijadikan muzium... nampaknya masa depan stesen lama Taiping akan merudum juga.

    ReplyDelete
  4. menarik melihat perjalanan mengimbau stesen lama. saya mencari masa untuk berbuat begitu bila pencen nanti. Stesen Taiping adalah korban pembangunan. tapi sepatutnya ia dipreserve kerana ia adalah sejarah first railway in Malaya 1885 Taping ke Port Weld. Di Port Weld dah semakin hilang, kini di Taiping pula menanti giliran. Untuk menyelenggaran sebuah stesen lama memerlukan kos yang tinggi..apa lagi KTM bukan sebuah syarikat yang berhasil tinggi spt PETRONAS atau TNB.

    ReplyDelete
  5. Untuk pengetahuan semua, Stesen Keretapi Taiping yang lama bakal diambilalih oleh Majlis Perbandaran Taiping untuk dibangunkan semula. Khabarnya di bahagian stesen itu akan dijadikan sebuah galeri keretapi manakala di sebelah kiri dan kanan bangunan stesen itu akan dijadikan ruang untuk menjamu selera.

    ReplyDelete