Pada hari Sabtu yang lalu (1 Mac 2014), aku telah meluangkan sedikit masa untuk membuat perjalanan ke Bandar Kluang.
Seawal jam 7.30 pagi aku dah sampai di KL Sentral kerana aku ke Kluang menaiki keretapi yang dijangka berlepas pada jam 8.30 pagi.
Tepat jam 8.15, semua penumpang dipersilakan untuk turun ke platform seterusnya menaiki koc masing-masing.
Tidak lama kemudian, tren pun dengan perlahan-lahan meninggalkan Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Persinggahan pertama tren ini adalah Stesen Kajang. Ramai juga penumpang yang naik dari stesen ini.
Ini diikuti dengan Stesen Seremban.
Tren seterusnya berhenti di Stesen Rembau.
Di Stesen Tampin kelihatan ramai pelancong dari Negara Jepun turun untuk melawat Negeri Melaka.
Tidak lama kemudiannya, tren berhenti lagi. Kali ini di Stesen Batang Melaka.
Akhirnya, tren tiba di Stesen Gemas. Tak sempat nampaknya aku nak beli apa-apa makanan atau minuman kerana stesen baru ini tak macam stesen lama (kantin tepi platform).
Kemudian tren berhenti di Stesen Segamat. Sempat cari air kat kantin... segar kembali....
Di Stesen Genuang, tren berhenti untuk berselisih.
Destinasi seterusnya adalah Stesen Labis. Ramai juga penumpang yang turun dan naik di stesen ini.
Stesen Bekok menjadi stesen yang berikutnya untuk tren ini berhenti.
Ini diikuti pula dengan berhenti sejenak di Stesen Paloh. Jika anda ingin ke Air Hitam, boleh turun di stesen ini.
Antik ni....
Yang ini cantik juga...
Ini Stesen Chamek. Ada la seorang dua penumpang di sini.
Akhirnya aku tiba di Stesen Kluang ikut masa. Panas terik memaksa aku mencari air untuk diminum memandangkan harga minuman di dalam tren agak mahal. Bayangkan satu can (tin) minuman teh bunga dengan ais harganya RM 3.50!
Cerita di sekitar Bandar Kluang akan aku tulis kemudian. Tunggu yer.....

No comments:
Post a Comment