Monday, 13 April 2015

Kejatuhan Brighton & Hove Albion

Apa sudah jadi kepada pasukan Brighton & Hove Albion sekarang?
Itulah persoalan yang bermain di benak fikiran selepas melihat pasukan kesayangan ku ini semakin hari semakin menurun prestasinya.

Sebelum Gus Poyet dipecat, Brighton hampir melangkah ke Liga Perdana Inggeris tetapi tewas di peringkat 'play-off' kepada musuh tradisi, Crystal Palace. Tetapi sejak itu pengurus pasukan telah bertukar sebanyak tiga kali dengan pengganti Poyet adalah Oscar Garcia, kemudian Sami Hyypia dan kini Chris Hughton.

Gus Poyet
Simon Garcia
Sami Hyypia
Chris Hughton
Kini Brighton menduduki tangga ke-19 Liga Kejuaraan dengan berbaki 4 perlawanan. Brighton perlu mengutip seberapa banyak mata bagi mengelak jatuh ke League 1 pada musim akan datang.

Ramai pemain baru (sama baru dibeli atau dipinjam dari kelab-kelab lain) dibawa masuk bagi menguatkan kesebelasan utama Brighton tetapi hasilnya amat mendukacitakan.

Apapun aku berharap agar prestasi Brighton & Hove Albion pada musim akan datang jauh lebih baik daripada musim ini.

No comments:

Post a Comment