Monday, 13 April 2015

Status Terkini Gangguan Perkhidmatan Tren Di Sektor Lembah Klang


Kepada kalian yang selalu menggunakan perkhidmatan keretapi sama KTM Komuter, ETS atau Antarabandar, aku sekadar ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf sistem semboyan dan komunikasi masih lagi diteruskan antara Stesen Simpang Batu dan Stesen Simpang Pelabuhan Klang.

Kerja-kerja naiktaraf dilakukan bagi melancarkan perjalanan tren dari keempat-empat laluan selepas ini. Empat laluan yang aku maksudkan adalah laluan ke utara, selatan, arah Batu Caves dan arah Pelabuhan Klang.

Laluan Simpang Batu - Simpang Pelabuhan Klang - Simpang Batu dijangka akan menerima trafik yang lebih banyak apabila komuter digerakkan ke Gemas dan ETS dilarikan antara KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral.

Kesabaran kalian sewaktu menggunakan semua perkhidmatan KTMB adalah dihargai.  

No comments:

Post a Comment