Saturday 6 February 2016

Jenis - Jenis Lintasan Rata Keretapi Dalam KTMB

Semua orang sewaktu menaiki keretapi, pastinya akan merasai keretapi melalui lintasan rata jalanraya. Begitu juga sekiranya kalian memandu ke sesetengah tempat, pastinya akan melintasi lintasan rata ini. Agak malang jika kalian 'tersangkut' di lintasan rata bagi membolehkan keretapi melepasinya.

Aku pernah menulis di dalam blog ini tentang lintasan rata pada tahun 2009. Lihat di sini. Tetapi malangnya aku hanya menyiarkan gambar tanpa ada maklumat tentang gambar - gambar lintasan rata berkenaan.

Tetapi tahukah kalian bahawa terdapat berbagai jenis lintasan rata yang pernah digunakan oleh KTMB?

Pada masa ini, lintasan rata hanya boleh dilihat di sepanjang landasan antara JB Sentral ke Tumpat, laluan Sungai Golok, landasan cawangan Terminal Kontena Butterworth Utara, laluan Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Barat serta landasan cawangan Pasir Gudang. Banyak lintasan rata yang telah dirobohkan apabila projek landasan berkembar elektrifikasi dijalankan.

Lintasan - lintasan rata yang masih ada pada hari ini dikendalikan samada oleh kakitangan KTMB atau syarikat swasta.

 Lintasan rata yang dikendalikan oleh KTMB. Pengawalnya lengkap berpakaian termasuk memakai 'vest' dan memegang bendera. Gambar dirakam di Lintasan Rata Triang.



Lintasan rata yang dikendalikan oleh syarikat swasta.

Berikut adalah jenis - jenis lintasan rata tersebut:

a. Lintasan rata palang otomatik. Lintasan rata jenis ini boleh dilihat di sepanjang laluan ke Terminal Kontena Butterworth Utara. Palang akan ditutup apabila 'sensor' mengesan ada pergerakan tren. 
Laluan ke NBCT (Gambar oleh Benny)

b. Lintasan rata palang. Lintasan rata jenis ini paling banyak digunakan sekarang dalam sistem KTMB. Ianya dikawal dari pondok petugas yang mengawal sesebuah lintasan rata tersebut.
 Lintasan Rata Bunut Susu, Kelantan

c. Lintasan rata sayap. Lintasan rata jenis ini selalunya kendalikan oleh syarikat swasta oleh sebab jalanraya yang dibina merestasi landasan keretapi diguna sebagai laluan untuk ke ladang - ladang (kelapa sawait atau getah) atau kilang - kilang.
 Lintasan Rata Ladang Mentakab, Pahang

 Lintasan Rata Kampung Menteri, Triang, Pahang

d. Lintasan pejalan kaki / OKU. Lintasan ini biasanya boleh dilhat di stesen - stesen utama bagi kegunaan penumpang yang menaiki tren menggunakan kerusi roda atau jika ada penumpang yang uzur tidak mampu untuk menaiki tangga (pada stesen - stesen yang tiada kemudahan lif).
 Laluan OKU di Stesen Kuala Kubu Bahru

 Laluan pejalan kaki di Stesen Butterworth yang lama menggunakan 'grill door'.

e. Lintasan rata kerja. Lintasan rata ini biasanya digunakan bagi keperluan menjalankan sesuatu pekerjaan berdekatan dengan landasan. Lintasan rata ini tidak kekal dan dirobohkan apabila selesai kerja - kerja berhampiran landasan tersebut. Boleh rujuk di sini.
 Lintasan Rata Kampung Prik, Perak

f. Lintasan rata haram. Lintasan rata jenis ini adalah yang paling berbahaya kerana tidak mempunyai palang atau pagar serta tidak mempunyai sistem lampu amaran. Lintasan rata haram ini banyak terdapat di laluan Pantai Timur.
 Lintasan tanpa pagar di Gual Periok, Kelantan.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan lintasan rata yang dioperasikan secara manual mempunyai pondok get tempat petugas menjalankan tugasnya. Beliau tidak boleh meninggalkan tempat tugasnya itu (pondok get) tanpa sebarang kebenaran daripada Ketua Stesen yang mengawal pondok get tersebut.

Pondok Get Rengam

Pondok Get Ladang Ellar, Mengkibol

Dengan sedikit sebanyak maklumat serta contoh yang disiarkan ini, aku harap kalian faham tentang jenis - jenis lintasan rata yang digunapakai dalam KTMB. 

1 comment: