Thursday, 4 February 2016

Perkhidmatan Tren Tambahan Sempena Tahun Baru Cina

Kepada semua pengguna perkhidmatan KTMB Antarabandar atau ETS, beberapa perkhidmatan tambahan akan diadakan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2016.

Tiket perjalanan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2016 telah mula dijual pada tarikh-tarikh berikut:-


Tiket akan dibuka bermula jam 8:30 pagi secara serentak di semua rangkaian kaunter tiket ETS dan Intercity serta secara online. Untuk makluman bermula 1 Januari 2016, KTMB tidak menyediakan perkhidmatan Tempahan Tiket (Telefon/Emel).
 
Tiket boleh dibeli melalui :
1. Kaunter Tiket
2. E Ticket
3. KTM Mob Ticket (aplikasi telefon pintar)
4. Agen tiket berdaftar KTMB  

Manakala untuk mendapatkan jadual perjalanan tren-tren tambahan ini, sila layari Tren tambahan sempena Tahun Baru Cina.

Belajarlah menggunakan apa jua perkhidmatan keretapi kerana ianya murah, selamat dan amat meyakinkan sekali. Sejak akhir-akhir ini kurang kita dengar tentang kegelinciran tren tak seperti kemalangan maut yang melibatkan bas-bas ekspress.

Musim cuti-cuti ini, jalan raya dan lebuhraya pastinya sibuk dengan kenderaan besar dan kecil. Tetapi perkhidmatan keretapi tetap dengan jadualnya ditambah pula apabila siapnya landasan berkembar elektrifikasi dari Padang Besar ke Gemas.

Kerajaan telah banyak melabur wang rakyat dalam meningkatkan perkhidmatan keretapi, tetapi mengapa rakyat tidak mahu menggunakan perkhidmatan ini? Tepuk dada tanya hati....

KTMB... Tetap Di Hati. 

No comments:

Post a Comment