Terdapat banyak stesen dan perhentian keretapi di antara Seremban ke Gemas. Salah sebuah daripadanya adalah STESEN KERETAPI PERHENTIAN TINGGI.
Stesen keretapi ini terletak di KM 475.8 atau 295 1/4 batu dari Perai. Jirannya di utara adalah Stesen Sungai Gadut manakala di sebelah selatan adalah Stesen Pedas.
Menurut catatan akhbar, stesen ini mula dibuka pada tahun 1909.
Carian dari laman sesawang Arkib Negara Malaysia pula menemui bahawa ada cadangan untuk menukar nama stesen ini dari Stesen Keretapi Perhentian Tinggi kepada Stesen Keretapi Gunong Angsi.
Tidak diketahui bila stesen ini ditutup kerana kali terakhir nama stesen ini tercatat dalam senarai rasmi stesen dan perhentian tahun 1934.
Jadual Waktu Kerja Tahun 1938 tidak lagi menyenaraikan Stesen Perhentian Tinggi sebagai salah sebuah stesen.
Demikianlah serba sedikit informasi yang dapat aku kongsikan bersama kalian tentang STESEN KERETAPI PERHENTIAN TINGGI ini.
Jumpa lagi pada kesempatan yang lain.
No comments:
Post a Comment