Monday, 27 December 2021

Kenderaan Urusan Jalan

Salam Sejahtera dan Selamat Bertemu Kembali
 
Tahun 2021 semakin hampir ke penghujungnya. Akan tetapi kalian harus ingat bahawa kematian kita sudah semakin hampir. Samada aku atau kalian di luar sana, pada bila-bila masa sahaja kita akan dijemput dan kembali ke asalnya.
 
Hari ini aku akan kongsikan bersama kalian gambar beberapa buah jentera rel yang digunakan samada untuk membina atau menyelenggara landasan. Jentera-jentera ini adalah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ataupun syarikat-syarikat swasta yang telah diberi kontrak untuk membina atau menyelenggara sesuatu projek landasan.
 
 
Selain daripada jentera yang kalian boleh lihat bekerja di landasan, ada juga jentera urusan jalan yang kini tidak lagi digunakan dan dijadikan bahan pameran.
 
Jentera yang dimaksudkan adalah sebuah troli lama bernombor P0111 yang kini dipamerkan di Stesen Gua Musang, Kelantan.


Sesungguhnya usaha untuk mengabadikan sesebuah jentera urusan jalan ini amatlah dihargai.

Sehingga bertemu di lain kesempatan.

No comments:

Post a Comment