Monday, 27 December 2021

Meniti Jambatan Di Landasan Keretapi

Meniti Jambatan Di Landasan Keretapi
 
Hidup ini tak ubah seperti meniti landasan sebuah jambatan keretapi yang mana terdapat sebatang sungai yang amat dalam di bawahnya.
 
Jika tersalah langkah, maka terhumbanlah diri seseorang itu ke dalam sungai itu dan dibawa arus deras entah ke mana arahnya.

 
Jika terlalu berhati-hati, maka lambat pula untuk sampai ke penghujung bagi menikmati segala apa yang ada di situ.
 
Berjalanlah dengan seadanya mengikut kemampuan diri sendiri, tidak terlalu cepat atau tidak terlalu perlahan. Kerana apa yang ada penghujung sesebuah jambatan itu akan kekal jika tiada orang yang mengambilnya.
 
Ke mana arah yang nak dituju, terpulanglah kepada diri sendiri kerana terdapat banyak jambatan di sepanjang laluan keretapi itu. 

No comments:

Post a Comment