Sunday, 28 August 2022

Untuk Dikongsi Bersama

Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 65 bakal disambut dalam beberapa hari akan datang.
 
Tetapi tahukah kalian di luar sana tentang susunan yang betul bendera negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan yang ada dalam Malaysia?
 
Aku kongsikan bersama tentang susunan yang sebenar.
 
Semoga memberi manfaat kepada semua.
 
Sumber: Laman Sesawang Rasmi https://www.mkn.gov.my/

Merindu

Merindu
 
suasana indah
di malam sunyi
aku bertemu dia
kekasih hati
tertawan daku
senyum darinya
menawan kalbu
kasih mesranya
tak ku sangka sekali
kasihku pergi
aku menanti
setiap hari
aku merayu
pada mu ayu
kasihan daku
yang kini merindu

Musim Baru EPL 2022/23

Musim baharu Liga Perdana Inggeris telah bermula. Beberapa keputusan menarik telah tercipta di awal musim ini.

Pasukan Brighton & Hove Albion yang masih mengekalkan Ketua Jurulatih Graham Potter, memperkenalkan dua orang pemain baharu seperti Julio Ensico dan Pervis Estupinan. The Seagulls juga mendapat khidmat Levi Colwill secara pinjaman dari pasukan Chelsea sehingga hujung musim ini.

Graham Potter dan pengurusan Brighton & Hove Albion juga terpaksa melepaskan beberapa orang pemain yang bagus seperti Jayson Molumby, Yves Bissouma, Leo Skiri Ostigard,  Marc Cucurella dan Neal Maupay atas permintaan yang tinggi dari kelab yang lain.

Berikut adalah jadual perlawanan untuk EPL Musim 2022/2023:

Berikut pula adalah keputusan semasa:

7 Ogos 2022: Manchester United 1–2 Brighton & Hove Albion    

13 Ogos 2022: Brighton & Hove Albion 0–0 Newcastle United     

21 Ogos 2022: West Ham United 0–2 Brighton & Hove Albion   

27 Ogos 2022: Brighton & Hove Albion 1–0 Leeds United               

 

Dua perlawanan yang berikut:

30 Ogos 2022: Fulham lwn Brighton & Hove Albion           

4 September 2022: Brighton & Hove Albion lwn Leicester City 

Selain daripada itu, Brighton & Hove Albion juga telah melepasi Pusingan Kedua Piala Liga Inggeris (Piala Carabao) selepas menang 3-0 menentang kelab Forest Green Rovers. Lawan di Pusingan Ketiga adalah menentang Arsenal di Stadium Emirates

Selamat Maju Jaya kepada Brighton & Hove Albion FC.

Wednesday, 4 May 2022

Jadual Tren Tahun 1979

Jadual Perjalanan Keretapi Tahun 1979



Jadual yang aku kongsikan ini tidak mengandungi jadual perjalanan bagi sektor Sentul - Pelabuhan Klang - Sentul yang menggunakan perkhidmatan relkar.
 
Semoga memberi manfaat kepada kalian di luar sana.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

  

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat serta rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog saya ini.

Walaupun Aidil Fitri tahun ini disambut secara mengejut, tetapi kemeriahannya tetap dapat kita rasakan sama-sama.

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

 
Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar

PENTADBIRAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

PENTADBIRAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN 
 
Hari Raya ni ramai yang pulang ke Telapak untuk "sebulek semulo" ( sebulat semula - makan minum tidur sebumbung adik beradik ipar lamai di rumah atas tanah pesaka) walaupun untuk beberapa hari chumo. 
 
Alhamdulillah. Sebulek Semulo. 
 
Antara lain ehwal penting yang dibicarakan sesama adik beradik tentunya perwarisan Tanah Pesaka Adat. 
 
Ada kalanya boleh jadi puncho perbalahan kalau tak sesamo faham. 
 
Oleh itu, sukocito Ayah Lang memberi nasihat guaman dan akademik percumo ( pro bono) ehwal ini bagi mereka yang memerlukan.
 
Ayah Lang mulakan dengan yang Togheh ( Teras) nya dahulu lah ya.
 
Peruntukan Undang Undang Bertulis.
 
1. Awal Mula Pertama Mula, Kuasa.
Kuasa Tertinggi dan Rayuan Ehwal Pentadbiran Tanah Adat terletak secara mutlak di Mahkamah Adat setiap Luak dan Wilayah seperti berikut yang di atas nya ialah : -
Tengku Besar Tampin - Wilayah Tampin
Undang Luak Johol - Luak Johol
Undang Luak Rembau - Luak Rembau
Undang Luak Jelebu - Luak Jelebu
Undang Luak Sg Ujung - Luak Sg Ujung ( pun begitu Sg Ujung tidak mempunyai Tanah Adat di bawah Enakmen Tanah Adat NS)
 
Ini mafhum serta ruang lingkup Fasal 181 Perlembagaan Persekutuan 1957 dan pindaan pindaan nya.
 
Oleh kerana statusnya ialah Fasal Perlembagaan Persekutuan, tiada sebarang Undang Undang , keputusan Executive ( Jemaah Menteri diperingkat Persekutuan, Exco NS, Ketua Pengarah dan Pengarah Agensi Persekutuan Dan Negeri ( by laws) ) yang boleh diperbuat dibawahnya yang boleh mencabar kuasa tersebut dalam semua ehwal, terutamanya ehwal Pentadbiran Tanah Adat.
 
Sebarang Undang Undang Persekutuan apa tah lagi Undang Undang dan Enakmen Negeri yang diluluskan bertentangan dengan kuasa ini dengan sendirinya Ultra Vires / terbatal kerana lobeyh pulak sudu pado kuah.
 
2. Kanun Tanah Negara 1963 ( betulkan saya akan tahun nya YBhg Datuk Nazri Mustafa ) Perkara 4.2. 1.a. pula menguatkan pengesahan Perlembagaan Persekutuan dengan secara nyata menyebut.... Tiada apa apa dalam Kanun ini, melainkan disebut secara nyata ( rang yang diluluskan di Parlimen dan diterima oleh YDPA) mencacat atau mengurang atau menafikan mana mana undang undang adat yang diterima pakai semasa"...
 
3. Small Estates Distribution Act 1923 Perkara 20 hingga 25 Special Provisions Relating to Negeri Sembilan.
Di bawah peruntukan peruntukan ini, semua ehwal kehidupan sosial NS berkaitan perwarisan tanah adat diperinchikan termasuklah yang sering diperolok kan masyarakat jahil sombong luar NS adat " Masuk Suku" - disebut Pentadbiran Inggeris sebagai Customary Adoption ( Bekodin - Berkadim - Orang Luar Suku, Anak Angkat, atau Anak Saudara Perempuan dari Abang atau Adik Lelaki Di "Cecah Darahnya" ke Suku Induknya ( ibu saudara sebelah Ayah).
 
Darah Kerbau atau/dan Kambing lah sekadar simbolik ( tergantung Kodin Aur Serumpun atau hanya Kodin Pinang Sebatang). Kalau darah manusia betul, dah jadi kes Mona Fandey pulak nanti. Satu kesalahan dibawah Kanun Acara Jenayah.
 
Dikesempatan ini juga sukacita saya menempelak golongan Jahil Sombong : -
1. Akademia Ketuanan Melayu Setengah Masak yang gemar memesong malah meluluskan thesis pelajar pelajar mereka yang menyimpulkan Pentadbiran Inggeris lah yang telah melemahkan Pentadbiran Adat Tanah Adat.
 
Saya menemui tanpa syak lagi sebaliknya. Politikawan, Tok Tok Adat Malas Membaca serta khianat amanah suku dan Pentadbir Pentadbir Tanah Pejabat Tanah berbangsa Melayu lah yang bersekongkol mencacatkan kesucian falsafah Tanah Adat.
 
2. Datuk Datuk Adat Pemalas Membaca dan Sentiasa Syak Kepada Orang Orang Luar Adat membuat kupasan dan ulasan.
 
3. Politikawan Tempatan mengambil kesempatan atas kelemahan 1, 2 dan 3 merogol sewenang Tanah Adat.
 
4. Paling Jahat - Orang Semenda. ( Menantu Tamak dan Berlagak Pandai. Satu lagi kes lebih sudu dari kuah.
Ehwal 1, sukacita saya simpulkan dengan berani bahawa Pentadbiran Inggeris lah yang telah mengukuhkan kedudukan Datuk Datuk Adat , Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin kerana tanpa pembukuan hukum adat dalam perkara perkara 20 hingga 25 SEDA 1923 alamat eyh tingga kolopey yo lah Tok Tok Undang mo Tok Tok Adat kito.
 
Adapun Inggeris memahami Pentadbiran Tanah Adat lebih baik dari fahaman Tok Tok Adat hatta Tok Tok Undang sekalipun ketika itu, ialah kerana tradisi Guaman dan English Legal System di England terlebih dahulu membukukan Konsep Trust dan Equity (Konsep Amanah dan Kesaksamaan) dalam semua Pentadbiran Undang Undang mereka sehingga tanpa Trust dan Equity, Pentadbiran Tanah England dan Wales akan lumpuh.
 
Itulah yang sedang berlaku di NS sekarang. Lumpuh. Lumpuh dek maleh berfikir dan membacho.
 
Sayugia, semuo pegangan tanah adat di bawah Enakmen Tanah Adat NS adalah dipegang dibawah Amanah.
 
Itu lah jugo sobab eyh Tanah Adat tidak boleh di : - inter alia ( antara lain nya)
1. Faraid - kerana tidak sempurna pemilikan nya untuk di Faraid. Malah bedoso di Faraidkan. Zalim pado Anak Anak Amanah ( Cestui Que Trust )
Faraid nieh cakap Arab. FA RA DA asalnyo. Fardhu. Fardhu atas waris simati menyelesaikan ehwal dunio arwah.
 
2. Tadbir oleh Kanun Tanah Negara secara total kerana The Curtain Principle dan The Mirror Principle KTN tidak terpakai sepenuhnya malah Teghombo yakni Salasilah Keluarga Matrilineal ( Nasab Ibu) yang disahkan oleh Buapak dan Penghulu Pesaka yang lebih utama dalam perbicaraan. Buleh angkek Curtain. Buleh tegheban buang Mirror as the Buapak and the Datuk Penghulu Pesaka deem fit.
 
Dalam perbicaraan pembahagian tanah adat, Tribunal Dato Penghulu Pesaka dan Pentadbir Tanah buleh ke hulu semulo( mengangkat Curtain dan membuang Mirror itu tadi ( Curtain dan Mirror ini kita pinjam dari Australia)
 
Andai bukan Tanah Pesaka Adat, Tribunal tidak ada daya dari sudut undang undang untuk ke hulu semula. The Curtain and Mirror Principles apply.
 
Malah dalam perbicaraan pembahagian Tanah Adat, ada positive duty nyata dibawah peruntukan Perkara 20 hingga 25 SEDA 1923, untuk disatukan semula pemilikan dibawah SATU suku dalam SATU Geran oleh Majistret dengan bantuan Dato Penghulu Pesaka.
 
Proses menyiasat transaction records ke hulu kes.
 
Adanya pelbagai Suku dalam satu Geran adalah Prima Facie ( sekilas pandang) menunjukan telah berlaku suatu pengkhianatan dalam pembahagian sebelum ini.
 
3. Tidak boleh dijual beli luar Perut apa tah lagi Suku tanpa seluruh ahli suku bersetuju secara bertulis terlebih dahulu.
 
4. Dipermainkan atau dibiarkan dipermain oleh Orang Semondo.
 
Pendekato, Pegangaan Tanah Adat ialah satu Amanah untuk Anak Anak Amanah bukan sahajo Seperut malah Sesuku Seluruh Kampung itu.
 
Cakap Omputeh under International Law eyh, kobun dian Omak kau tuh ialah The Common Heritage of Mankind Suku kau lah Jang Oi. Sodo sodo dalam suku itulah Cestui Que Trust eyh.
 
Orang Semondo, Oghang Agamo yang jumud dan bodoh sombong dan Loyar Loyar Bughok et al.... You can get lost !
Usah dibuek doso koghieng Syawal Syawal nieh. 
 
*Dipetik dari FB Mohammad Sahari pada 4 Mei 2022.

Friday, 29 April 2022

Nama Lama dan Nama Baru

Nama Lama dan Nama Baru
 
Dalam aku mengemaskini senarai nama stesen dan perhentian yang pernah ada dalam perkhidmatan keretapi di Semenanjung Malaysia, kerapkali aku terkeliru tentang nama sesebuah tempat.
 
Ini berlaku apabila timbul dua atau tiga nama pada sesebuah tempat yang sama tetapi mempunyai jarak yang berbeda yang kecil antara satu sama yang lain.
 
Terdapat juga kadangkala stesen atau perhentian yang mempunyai nama yang sama di dua lokasi yang berlainan.
 
Mujur akan kerap membuat rujukan dengan Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta tentang perkara itu. Juga aku sering berhubung dengan Perpustakaan Akademi KTMB (MyRA) di Batu gajah, Perak untuk mendapatkan salinan dokumen yang diperlukan.Tak kurang juga sokongan dari teman-teman yang memang 'pakar' dalam sejarah keretapi ni. 
 
Peta-peta lama juga banyak membantu dalam menyelesaikan beberapa kekeliruan. Sehingga ke hari ini, ada juga nama stesen atau perhentian yang masih belum aku ketahui akan duduk lokasinya yang sebenar.  

Aku kongsikan bersama kalian sebahagian daripada hasil yang aku perolehi dalam mencari lokasi nama stesen dan perhentian yang pernah ada dalam FMSR, MR, KTM dan KTMB:
1. Stesen Pelabuhan Klang Pusat adalah sama dengan Stesen Jalan Kastam
 
2. Stesen Batu Anam (Johor) tidak sama dengan Perhentian Batu Enam (Kelantan)
 
3. Perhentian Naga adalah sama dengan Perhentian Sungai Korok
 
4. Stesen Rantau Panjang (Kelantan) berlainan dengan Perhentian Rantau Panjang (Selangor)
 
5. Stesen Port Dickson Baharu adalah sama dengan Stesen Tapis Minyak
 
6. Stesen Sungei Teku juga sama dengan Stesen Bukit Abu
 
7. Perhentian Kempas berlainan dengan Stesen Kempas kerana lokasi tidak sama.
 
8. Stesen Slim River berubah lokasi beberapa kali.
 
9. Stesen Tasek berubah lokasi beberapa kali.
 
10. Stesen Nipis (Kelantan) lokasi sebenar tidak diketahui.
 
11. Stesen Hulu Tembeling (Pahang) lokasi sebenar tidak diketahui dan dipercayai di laluan asal sebelum dibina lencongan yang ada sekarang. Sebagai ganti diwujudkan Perhentian Tembeling.
 
Jika teman-teman di luar sana ada apa-apa info yang boleh dikongsi bersama, sila maklum kepada saya untuk kebaikan bersama.

Hilang Kasih

HILANG KASIH
 
Di tengah hari
Hujan mencurah
Hatiku sunyi 
Tambah gelisah
Kekasih di hati
Tiada kembali
Membawa diri
Tiada ku ketahui
Malang nasibku
Datang menjelma
Mengingatkan kasihku
Jauh di mata
Hati tak lupa
Padamu adinda
Ku kirimkan doa
Agar kau bahagia...

Sunday, 13 February 2022

Air Mata RIndu

Air Mata Rindu

Tiap malam ku sendiri
Menanti datangnya hari
Yang engkau janjikan, setia ku menunggu
Walaupun penuh dengan derita
Air mata jadi saksi
Gelisah ingat dirimu
Yang selalu datang di dalam mimpiku
Kau peluk aku di dalam cinta
Bilakah kau pulang... Ku rindu padamu
Ingin kupeluk erat dirimu
Biar malam ini tiada air mata
Yang menghantui dalam hidupku...

Wednesday, 12 January 2022

Undian Pusingan Keempat Piala FA England

Setelah berhempas pulas menang 2-1 ketika menentang West Bromwich Albion dalam Pusingan Ketiga Piala FA England musim 2021/22, pasukan Brighton & Hove Albion telah diundi untuk menentang pasukan Tottenham Hotspur dalam Pusingan Keempat. 

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, London pada  6 Februari 2022.

 


Undian perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England:

Bournemouth lwn Boreham Wood

Cambridge United lwn Luton Town

Chelsea lwn Plymouth Argyle

Crystal Palace lwn Hartlepool United

Everton lwn Brentford

Huddersfield Town lwn Barnsley

Kidderminster Harriers lwn West Ham United

Liverpool lwn Cardiff City

Manchester City lwn Fulham

Manchester United lwn Middlesbrough

Nottingham Forest lwn Leicester City

Peterborough United lwn Queens Park Rangers

Southampton lwn Coventry City

Stoke City lwn Wigan Athletic

Tottenham Hotspur lwn Brighton and Hove Albion

Wolverhampton Wanderers lwn Norwich City

Wajahmu Di Hatiku

Wajahmu Di Hatiku

Di mana ke mana akan kucari
Pengganti dirimu duhai kasih 
Jiwaku kini kekosongan
Tanpa teman seiring jalan
 
Di mana ke mana akan ku tuju
Melepas rindu di dalam kalbu
Masih terasa panas nafas mu
Di mana engkau dalam dakapan ku
 
Mengapa kini cintaku musnah
Di persimpangan tuju bahgia
Laksana kembang terkulai layu
Ibarat kaca terhempas ke batu
 
Walaupun kau tiada di samping ku
Wajahmu tetap di hati ku
Menjadi tugu kenang-kenangan
Sepanjang hayat dikandung badan....