Friday, 3 July 2009

Sejarah Pembinaan Jalan Keretapi Negeri Kedah

Kerajaaan Siam amat berhubung kait dengan projek pembinaan jalan keretapi di negeri Kedah, oleh yang demikian hingga ke hari ini masih tidak terdapat jalan keretapi yang menghubungkan antara Bukit Mertajam dengan Kulim.

Sebenarnya memang tidak dapat dinafikan sekiranya jalan keretapi untuk menghubungkan Bukit Mertajam dengan Kulim dibina, besar kemungkinan seluruh kawasan selatan negeri Kedah akan berkembang dengan lebih pesat dari bahagian-bahagian lain di Kedah itu sendiri dari segi urbanisasi dan kekayaan ekonomi. Buktinya bukan sahaja berdasarkan dari saranan Pengurus Besar Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, C. E. Spooner, tetapi kita dapati daerah Kulim itu sendiri mempunyai potensi untuk mengeluarkan hasil bijih timah dan getah yang menggalakkan.

Sementara itu dalam tahun 1907, isu mengenai usaha untuk menghubungkan negeri Kedah dengan landasan keretapi telah timbul semula. Kerajaan Siam telah bercadang untuk menawarkan konsesi kepada Kompeni German (dengan menggunakan kewangan German) bagi membina jalan keretapi dari Bangkok untuk menghubungkan dengan negeri Kedah dan seterusnya dengan jalan keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jalan keretapi ini juga akan menggunakan landasan yang berbeda dari yang digunakan oleh Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan usaha pembinaan akan dijalankan di bawah pengawasan jurutera-jurutera German.

Justeru untuk mengelakkan daripada konsesi tersebut jatuh ke tangan Kompeni German, pihak Inggeris telah mengambil keputusan untuk mengadakan perundingan mengenai perkara ini yang kemudiannya berkeputusan dengan termeterinya Perjanjian Inggeris – Siam pada tahun 1909. Dengan adanya perjanjian ini, maka Negeri-Negeri Melayu Utara iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada pihak Inggeris di Tanah Melayu.

Cadangan untuk membina jalan keretapi menghubungkan negeri Kedah dan Siam dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendapat perhatian dari persatuan-persatuan tertentu. Hal ini adalah kerana kemajuan ekonomi dan peningkatan dalam ‘volume of trade’ atau perkembangan aktiviti perdagangan memerlukan system perkhidmatan dan pengangkutan yang baik dan effisen seperti keretapi.

The press agitated in its favour and the Penang Chamber of Commerce Vitally aware of the necessity of this extension, sent a delegation to the Governor of this Straits Settlements on this matter.

Justeru selepas termeterinya Perjanjian Inggeris – Siam 1909 dan Kedah diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada pihak Inggeris, barulah Kerajaan Inggeris benar-benar berusaha untuk membina jalan keretapi untuk menghubungkan Bukit Mertajam dengan Alor Setar. Landasan tersebut sejauh 56 batu dari Bukit Mertajam di daerah Province Wellesley memanjang hingga ke Alor Setar, ibu negeri Kedah. Pembinaan jalan ini telah dimulakan pada penghujung tahun 1912.

Sementara itu persediaan serta penyelidikan pertama dan terakhir atas usaha untuk membina landasan keretapi dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telahpun dijalankan pada penghujung tahun 1911 dan di awal tahun 1912. Jumlah kewangan yang digunakan untuk tujuan persediaan dan penyelidikan adalah sebanyak $ 38,179.88 sen. Peruntukan keseluruhan yang ditetapkan oleh pihak Pentadbiran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi membina jalan keretapi dari Bukit Mertajam hingga ke Alor Setar adalah seperti di bawah :-
1. Trial Survey Railway Extension to Alor Setar $ 22,068.86
2. Permanent Survey Railway Extension to Alor $ 16,116,02
3. Kedah Railway Extension Bukit Mertajam to Alor Setar $ 686,042.06


Total $ 724,221,94

Pihak Pentadbir Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mula menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam usaha untuk membina landasan keretapi Bukit Mertajam – Alor Setar dalam bulan Oktober 1911 dan mendapat kawasan yang diperlukan untuk projek ini pada 1hb Februari 1912.

Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah bermula pada penghujung tahun 1912. Mengikut laporan Kedah Annual Report tahun 1912 :-

The Railway Administration, which had started work upon the Bukit Mertajam – Alor Setar line in October of the preceding year, obtained complete possession of the land required for the line on the 1st February. Work had been carried out with great energy throughout the year. Constructions are running for a distance of fifteen miles at the southern end and ten miles at he northern end. It is expected that the rails will be linked up in June 1914 and that the entire section, which is 56 miles long will be open for traffic in 1915.

Setelah selesai kerja-kerja pembinaan, maka jalan keretapi utama dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah dibuka dengan rasminya untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada tahun 1915. Pembukaan jalan keretapi Bukit Mertajam – Alor Setar telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam sistem perhubungan dan pengangkutan di negeri Kedah khususnya.

Sementara itu setelah kerja-kerja pembinaan jalan keretapi Bukit Mertajam – Alor Setar hampir selesai, pihak Pentadbir Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meneruskan usaha-usaha penyelidikan untuk menyambungkan landasan keretapi dari Alor Setar ke negeri Perlis dan Padang Besar pada tahun 1914. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi ini telah dimulakan pada tahun 1915.

Landasan keretapi dari Alor Setar ke Bukit Ketri di negeri Perlis sepanjang 56½ batu telah dibuka untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada 15hb Oktober 1917. Sementara itu landasan keretapi dari Bukit Ketri ke Padang Besar telah dibuka untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada 1hb Mac 1918. Jumlah peruntukan untuk pembinaan jalan-jalan keretapi ini ialah sebanyak $ 172,502.74 sen. Seterusnya kita dapati landasan keretapi dari Padang Besar telah disambung dengan jalan keretapi Negeri Thai dan dibuka secara rasminya pada 1hb Julai 1918.

Terdapat sebanyak dua puluh tiga buah stesen keretapi dan perhentian kecil atau ‘halts’ di sepanjang jalan keretapi dari Bukit Mertajam ke Alor Setar dan seterusnya ke Padang Besar. Stesen-stesen dan perhentian kecil tersebut ialah :-

Bukit Mertajam
Penanti 4 batu
Jarak 7 batu
Kreh 9½ batu (sekarang Tasek Gelugor)
Pinang Tunggal
15 batu
Sungai Petani 18 batu
Sungai Lalang 22½ batu
Semiling 27¼ batu (sekarang Bedong)
Sungai Toh Pawang 29¼ batu
Gurun 34 batu
Guar Chempedak 36½ batu
Junun 39¾ batu
Kobah 45¼ batu
Tokai 49½ batu
Alor Setar 56½ batu
Anak Bukit 61½ batu
Tunjang 67½ batu
Kodiang 75¼ batu
Arau 80 batu
Mata Air 82¾ batu
Bukit Keteri 86½ batu
Kubang Tiga 90¾ batu
Padang Besar 98¼ batu

Sebagai kesimpulan kita dapati bahawa latar belakang serta sejarah pembinaan jalan keretapi di negeri Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan berbeda dengan latar belakang dan sejarah pembinaan jalan-jalan keretapi di negeri – negeri Melayu lainnya.

Sebelum negeri Kedah masuk di bawah naungan Kerajaan Inggeris, beberapa kontroversi atau pertelingkahan telah timbul bersabit dengan cadangan untuk membina jalan keretapi di negeri Kedah antara Kerajaan Siam dengan pihak Inggeris di Tanah Melayu, hingga membawa kepada kegagalan cadangan untuk membina jalan keretapi dari Bukit Mertajam ke Kulim.

Justru dengan termeterinya Perjanjian Inggeris – Siam tahun 1909, apabila Kerajaan Siam menyerahkan negeri Kedah kepada pihak Inggeris, barulah Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu benar-benar mengambil inisiatif untuk membina landasan keretapi di negeri Kedah.

Perhentian To' Uban, Kelantan

Di KM 494.3 (Telegraph Poles (TP) 306/2) laluan Gemas - Tumpat, terdapat sebuah perhentian yang dikenali sebagai Perhentian To' Uban. Perhentian ini masih aktif pada hari ini dengan beberapa buah tren tempatan (tren lokal) yang berhenti di sini untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Ke arah utara dari perhentian ini adalah Perhentian Chicha Tinggi manakala ke arah selatan pula adalah Perhentian Sungai Keladi (lihat peta di atas). Stesen besar yang mengawal selia perhentian ini adalah Stesen Pasir Mas.

Aku sempat untuk mengumpulkan beberapa gambar tentang perhentian ini sewaktu menaiki keretapi.

Perhentian ini juga pernah mendapat perhatian akhbar The Star dalam laporannya yang boleh dibaca di http://thestar.com.my/news/story.asp...072&sec=nation. Ini kerana penduduk tempatan merungut tiada tempat untuk berteduh dari panas dan hujan ketika menunggu ketibaan tren. Lihat gambar berikut

Kehilangan blok tempat menunggu keretapi tersebut adalah dipercayai perbuatan pencuri.

Tetapi atas dasar keprahatinan pihak berwajib, sebuah tempat menunggu keretapi yang baru telah dibina. Lihat saja gambar di bawah, masih ramai penduduk kampung yang memerlukan perkhidmatan keretapi untuk pergi ke mana-mana.

Keretapi Sungei Ujong

Landasan persendirian yang pertama yang kemudian menjadi sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan masih sibuk serta memberi hasil pendapatan yang tinggi selepas beberapa tahun, adalah landasan antara Port Dickson dan Seremban. Dikenali Sebagai Keretapi Sungei Ujong dan dipunyai oleh Sungei Ujong (Malay Peninsula) Railway Company Ltd., landasan sepanjang 24¾ batu ini mula dibuka kepada trafik pada 4 November 1890. Agen kepada syarikat ini adalah Messers Gilfillan Wood & Co. di Singapura. Messers Hill and Rathborne pula adalah kontraktor yang membina landasan.

Satu majlis telah diadakan pada 28 Julai 1891 apabila pihak syarikat telah mengambil alih secara rasmi landasan daripada kontraktor. Wakil agen adalah Mr. Miller, Konsultan Jurutera Mr. Swan dan TYT John Burkinshan dan G. S. Murray telah tiba dari Singapura dengan kapal laut untuk menghadiri upacara ini dan telah diberi peluang untuk menaiki keretapi khas dari Port Dickson ke Seremban, yang pada masa itu adalah sebuah bandar utama Sungei Ujong (sekarang Negeri Sembilan).

Pengurus Besar yang pertama adalah Mr Cree Maitland yang mendiami sebuah banglo kayu berhampiran dengan stesen keretapi Port Dickson. Banglo ini kemudiannya telah diubahsuai untuk dijadikan Banglo Percutian Kakitangan Keretapi bermula pada 1 November 1913. Bangunan stesen keretapi Sungei Ujong, yang dihiasi dengan corak-corak besi, masih kukuh pada hari ini sebagai stesen keretapi Port Dickson kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Keretapi Sungei Ujong telah dibeli oleh Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 28 Julai 1908, tujuh tahun selepas beroperasi sendiri.

Pengurus Besar yang terakhir adalah Mr James McClylmont yang mana namanya telah diabadikan di sebatang jalan yang menuju ke Stesen Keretapi Port Dickson sekarang.

Walau bagaimanapun, setelah berlakunya kemalangan sebuah keretapi 15 gerabak tangki memuatkan gas LPG dan diesel dari Pusat Penapisan Port Dickson di Tapis Minyak, tergelincir di Kilometer 13.6 di Kampung Pulai, Kuala Sawah, Rantau, pada petang 11 Julai 2008, tiada lagi kelihatan pergerakan tren di laluan ini.

Pemain Baru

Pada 25 Jun 2009 yang lalu, Pengurus pasukan Brighton & Hove Albion, Russell Slade telah mendapatkan dua orang pemain dari kelab Stockport County untuk memantapkan lagi barisan pemain pada musim ini.

Pemain yang dimaksudkan ialah Gary Dicker dan James Tunnicliffe.

Selain daripada itu, The Seagulls juga telah mendapatkan seorang penjaga gol dari kelab Motherwell. Beliau adalah Graeme Smith, yang juga pemain kebangsaan Scotland 'B'.
Grame Smith dengan jersi kelab barunya.

Turut bakal menyarung jersey Brighton and Hove Albion pada musim ini adalah pemain kebangsaan Wales, Andrew Crofts. Pemain tengah berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak bermain untuk The Seagulls bagi tempoh dua tahun.

Jersi Musim 2009/10

Pasukan Brighton & Hove Albion masih mengekalkan set jersey seperti musim yang lalu.

Thursday, 2 July 2009

Sejenak Di Kuala Kangsar

Assalamualaikum......

entah apa sebab aku pun tak tahu, mengapa petang semalam aku beriya - iya sangat nak ke Kuala Kangsar. Cuaca tak lah berapa baik, cuma mendung sejak dari melalui Pekan Manong lagi.

Cantik sungguh rimbunan pokok bunga ni...
Papan peringatan di tepi sungai.....
Kerusi antik seperti ini jarang ditemui sekarang.....
Bot untuk menyeberang sungai ke tepian sebelah sana.....
Tempat santai yang menarik dan selesa.....
Deretan kedai makan dan kedai menjual cenderahati terletak tidak jauh daripada tempat meletak kenderaan......Sesungguhnya negara ini masih mempunyai banyak tempat - tempat menarik untuk dilawati. Marilah sahut seruan kerajaan untuk Cuti - Cuti Malaysia. Zooooooooom Malaysia.

Bersedekah Untuk Yang Memerlukan

Aku mendapat banyak pertanyaan, bagaimana untuk menyalurkan sumbangan buat Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin BAIT AL - AMIN.

Di bawah ini adalah alamat lengkap rumah tersebut:

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan buat teman - teman yang sudi untuk menghulurkan sumbangan.