Friday, 3 July 2009

Perhentian To' Uban, Kelantan

Di KM 494.3 (Telegraph Poles (TP) 306/2) laluan Gemas - Tumpat, terdapat sebuah perhentian yang dikenali sebagai Perhentian To' Uban. Perhentian ini masih aktif pada hari ini dengan beberapa buah tren tempatan (tren lokal) yang berhenti di sini untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Ke arah utara dari perhentian ini adalah Perhentian Chicha Tinggi manakala ke arah selatan pula adalah Perhentian Sungai Keladi (lihat peta di atas). Stesen besar yang mengawal selia perhentian ini adalah Stesen Pasir Mas.

Aku sempat untuk mengumpulkan beberapa gambar tentang perhentian ini sewaktu menaiki keretapi.

Perhentian ini juga pernah mendapat perhatian akhbar The Star dalam laporannya yang boleh dibaca di http://thestar.com.my/news/story.asp...072&sec=nation. Ini kerana penduduk tempatan merungut tiada tempat untuk berteduh dari panas dan hujan ketika menunggu ketibaan tren. Lihat gambar berikut

Kehilangan blok tempat menunggu keretapi tersebut adalah dipercayai perbuatan pencuri.

Tetapi atas dasar keprahatinan pihak berwajib, sebuah tempat menunggu keretapi yang baru telah dibina. Lihat saja gambar di bawah, masih ramai penduduk kampung yang memerlukan perkhidmatan keretapi untuk pergi ke mana-mana.

2 comments:

  1. Bro , dulu To' Uban adalah stesen KTM yang agak besar di Kelantan. Sama seperti Bukit Panau, Palekbang, Temangan, Sg Nal, Sg Kusial

    ReplyDelete
  2. Saudara Wnosman,
    memang benar dahulu To' Uban adalah sebauh stesen yang sibuk seperti Palekbang. Tetapi masa mengubah segalanya selari dengan perkembangan sistem jalan raya di Kelantan. Alhamdulillah, atas keamanan yang ada di negara ini, semua penduduk dapat merasakan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.

    ReplyDelete