Friday, 3 July 2009

Tahukah Anda?

Upacara Perletakan Tiang Asas Projek Elektrifikasi Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan, Y.B. Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik telah menyempurnakan upacara memecah tanah dan meletakan tiang asas projek elektrifikasi Lembah Kelang pada 14 Oktober 1993 di Stesen Keretapi Rawang.

Projek Elektrifikasi ataupun Pakej 'F' ini adalah pakej terakhir di dalam projek Landasan Berkembar. Ianya membabitkan pembinaan dan pemasangan sistem pengelektrikan atas fasa tunggal 25 kv 50 Hz bagi seluruh projek landasan berkembar dari Rawang ke Seremban dan Pelabuhan Klang.

Sistem ini menggunakan tenaga dari talian grid atas Tenaga Nasional Berhad. Empat buah substesen elektrik utama telah dibina di Rawang, Salak Selatan, Batang Benar dan Subang Jaya. Ia akan memastikan tenaga yang mencukupi untuk perkhidmatan tren elektrik yang mempunyai kekerapan selama 15 minit untuk laluan utama juga laluan Pelabuhan Klang.

No comments:

Post a Comment