Thursday, 4 February 2010

Stesen Batu Caves


Dari sebelah kanan stesen

Dari arah Sisian PHS

Pintu masuk stesen

Sisian PHS Batu Caves

Memasak Kupang di Kampung Senibong

Pada hari Khamis (28 Januari 2010) yang lepas, aku berkunjung ke Kampung Senibong, Plentong, Johor untuk menziarahi Pak Rahman dan keluarga.

Dah lama benar aku tak jenguk ke rumah mereka lantaran aku agak sibuk dengan tugas seharian.

Kehadiran aku kali ini tepat pada masa Pak Rahman menuai hasil kupang laut.

Bot kecil ini diperlukan untuk sampai di tempat penternakan kupang laut.
Perjalanan dari rumah ke kawasan penternakan kupang laut hanya mengambil masa sepuluh minit.
Pemandangan indah
Tong - tong yang diguna untuk menternak kupang laut.
Deretan tong - tong disusun rapi agar kupang - kupang dapat membesar dengan sempurna.
Selepas diambil dari tempat penternakan, kupang akan direbus untuk mendapatkan isinya.
Sedikit air dimasukkan ke dalam periuk.
Kemudian, kupang dicedok masuk ke dalam periuk.
Kupang mentah
Kupang sedang direbus dengan menggunakan apa yang sederhana panasnya.
Apabila air rebus mendidih, kupang pun masak.
Buka tudung periuk.
Kupang ditoskan airnya dalam bekas / bakul.
Ini kupang betina yang telah direbus.
Manakala ini pula kupang jantan.
Perbezaan antara kupang jantan dengan kupang betina.
Ini pula adalah perbezaan antara kupang dewasa (besar) dengan anak kupang (kecil). Kupang yang kecil itu sedap digoreng bercili dan kupang dewasa pula sedap dibuat sambal, rendang dan macam - macam lagi.
Demikianlah secara ringkat proses merebus kupang sebelum dijual. Selepas ditanggalkan dari kulitnya, kupang - kupang ini akan dibersihkan sebelum dimasukkan ke dalam plastik untuk pasaran. Harga borong sekilo kupang yang telah direbus adalah RM 5.50 aje.

Wednesday, 3 February 2010

Jadual Baru Tren Barang

Berkuatkuasa 1 Januari 2010, Jadual Waktu Tren Barang telah dibuat beberapa pindaan. Berikut adalah ringkasan kepada jadual waktu tersebut.

KONTENA
========
Tren No. 101 Bangsue - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 102 Pelabuhan Klang Utara - Bangsue
Tren No. 103 Bangsue - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 104 Pelabuhan Klang Utara - Bangsue
Tren No. 105 Bangsue - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 106 Pelabuhan Klang Utara - Bangsue
Tren No. 107 Bangsue - Ipoh
Tren No. 108 Ipoh - Bangsue
Tren No. 111 Bangsue - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 112 Pelabuhan Klang Utara - Bangsue
Tren No. 121 Surat Thani / Bangsue / Maptaput - Pasir Gudang
Tren No. 122 Pasir Gudang - Maptaput / Bangsue / Surat Thani
Tren No. 125 Trang / Surat Thani - Butterworth
Tren No. 126 Butterworth - Surat Thani / Trang
Tren No. 127 Trang / Surat Thani - Butterworth
Tren No. 128 Butterworth - Surat Thani / Trang
Tren No. 129 Padang Besar - Butterworth NBCT
Tren No. 130 Prai - Padang Besar
Tren No. 131 Padang Besar - Butterworth NBCT
Tren No. 132 Prai - Padang Besar
Tren No. 133 Padang Besar - Butterworth NBCT
Tren No. 134 Prai - Padang Besar
Tren No. 135 Padang Besar - Butterworth NBCT
Tren No. 136 Prai - Padang Besar
Tren No. 137 Padang Besar - Butterworth NBCT
Tren No. 138 Prai - Padang Besar
Tren No. 139 Padang Besar - Butterworth NBCT
Tren No. 140 Prai - Padang Besar
Tren No. 141 Yad Ipoh / ICT - Pelabuhan Klang
Tren No. 142 Pelabuhan Klang Utara - Yad Ipoh / ICT
Tren No. 145 Padang Besar - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 146 Pelabuhan Klang Utara - Padang Besar
Tren No. 147 Prai - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 148 Pelabuhan Klang Utara - Prai
Tren No. 151 Pelabuhan Klang Utara - Pasir Gudang
Tren No. 152 Pasir Gudang - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 153 Pelabuhan Klang Barat - Pasir Gudang
Tren No. 154 Pasir Gudang - Pelabuhan Klang Barat
Tren No. 156 Yad Singapura - Pelabuhan Klang Barat
Tren No. 157 Pelabuhan Klang Barat - Yad Singapura
Tren No. 171 PTP Terminal - Pasir Gudang
Tren No. 172 Pasir Gudang - PTP Terminal
Tren No. 181 Pelabuhan Klang Utara - Pelabuhan Klang Barat
Tren No. 182 Pelabuhan Klang Barat - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 183 Pelabuhan Klang Utara - Pelabuhan Klang Barat
Tren No. 184 Pelabuhan Klang Barat - Pelabuhan Klang Utara
Tren No. 191 Pasir Gudang - Yad Singapura
Tren No. 192 Yad Singapura - Pasir Gudang

GULA
=====
Tren No. 201 Prai - Sisian MSM Kuang
Tren No. 202 Sisian MSM Kuang - Prai
Tren No. 203 Prai - Tampoi
Tren No. 204 Tampoi - Prai
Tren No. 205 Prai - Yad Singapura
Tren No. 206 Yad Singapura - Prai
Tren No. 209 Batu Tiga - Pasir Gudang
Tren No. 210 Pasir Gudang - Batu Tiga

SIMEN
=====
Tren No. 301 Bukit Ketri - Kuang
Tren No. 302 Kuang - Bukit Ketri
Tren No. 321 Sisian PHS Padang Rengas - Sisian PHS Batu Caves
Tren No. 322 Sisian PHS Batu Caves - Sisian PHS Padang Rengas
Tren No. 323 Sisian PHS Padang Rengas - Sisian PHS Batu Caves
Tren No. 324 Sisian PHS Batu Caves - Sisian PHS Padang Rengas
Tren No. 327 Sisian PHS Padang Rengas - Yad Singapura
Tren No. 328 Yad Singapura - Sisian PHS Padang Rengas
Tren No. 331 Kanthan - Padang Jawa
Tren No. 332 Padang Jawa - Kanthan
Tren No. 333 Kanthan - Padang Jawa
Tren No. 334 Padang Jawa - Kanthan
Tren No. 341 Tasek - Sisian Tasek Cement Kuang
Tren No. 342 Sisian Tasek Cement Kuang - Tasek
Tren No. 343 Tasek - Sisian Tasek Cement Kuang
Tren No. 344 Sisian Tasek Cement Kuang - Tasek
Tren No. 345 Tasek - Sisian Tasek Cement Kuang
Tren No. 346 Sisian Tasek Cement Kuang - Tasek
Tren No. 347 Tasek - Yad Singapura
Tren No. 348 Yad Singapura - Tasek

LPG
===
Tren No. 409 Yad Ipoh - Seremban
Tren No. 410 Seremban - Yad Ipoh

BAJA UREA
=========
Tren No. 470 Butterworth UET - Gurun PFK
Tren N0. 471 Gurun PFK - Butterworth UET
Tren No. 472 Butterworth UET - Gurun PFK
Tren No. 473 Gurun PFK - Butterworth UET

PASIR
=====
Tren No. 505 Kota Bharu - Batu Tiga
Tren No. 506 Batu Tiga - Kota Bharu
Tren No. 509 Yad Ipoh - Yad Singapura
Tren No. 510 Yad Singapura - Yad Ipoh
Tren No. 575 Mengkibol - Yad Singapura
Tren No. 576 Yad Singapura - Mengkibol

BATU BATA
=========
Tren No. 511 Serendah - Yad Singapura
Tren No. 512 Yad Singapura - Serendah

Tren No. 579 Genuang - Yad Singapura
Tren No. 580 Yad Singapura - Genuang

Dengan beberapa sisian sudahpun ditutup (seperti Sisian APMC Rawang dan Sisian NIP), nampaknya SBU Freight telah mendapatkan laluan baru untuk barang - barang lain.

Syabas kepada SBU Freight dengan perubahan ini dan aku mendoakan agar pendapatan SBU Freight pada tahun 2010 dan tahun - tahun seterusnya akan meningkat.

Aku menyokong penuh penggunaan keretapi untuk penghantaran barang - barang kerana ianya menjimatkan dan mesra alam sekitar. (Mesra alam sekitar bermaksud sekiranya 40 TEUs kontena hendak digerakkan, ianya memerlukan lebih kurang 40 buah lori. Apabila ada 40 buah lori, maka asap dari lori itu akan sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar laluan lori - lori tersebut. Tetapi sekiranya penghantaran dibuat melalui keretapi, hanya sebuah lokomotif yang diperlukan untuk menarik 40 gerabak menuju destinasi yang ditetapkan. Bukankah ini telah menyelamatkan bumi kita?)

Berkunjung Ke Taman Rama - Rama Melaka

Pada 25 Januari yang lalu, aku dan keluarga berkunjung ke Ayer Keroh, Melaka. Perjalanan dari Pekan Lubok Cina ke Ayer Keroh hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui Lebuhraya Plus.

Tempat yang dituju adalah Taman Rama - Rama dan Reptilia Ayer Keroh.

Ada berbagai jenis dan saiz rama - rama yang boleh kita lihat di taman ini.

Manisan dari buah nenas ini menjadi kegemaran rama - rama.

Air terjun buatan di Taman Koi.

Ikan Koi yang banyak jumlahnya.

Selain daripada rama - rama, terdapat juga haiwan yang lain seperti ular, burung - burung, kura - kura, burung kasawari dan banyak lagi.

Peninggalan sejarah berupa atap genting zaman Portugis dan beca lama juga amat menarik untuk dilihat.
Sesungguhnya melawat ke taman ini sedikit sebanyak telah menghilangkan penat sewaktu majlis kenduri kahwin pada hari sebelumnya.

Balik Kampung Ada Kenduri

Pada 23 dan 24 Januari lalu, aku balik ke Kampung Teluk Berembang, Lubok Cina, Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu perempuan sebelah emak.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar sewaktu majlis perkahwinan dan persandingan.

Moga kekal hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahayamata.

Keputusan Perlawanan Bolasepak Pasukan Brighton

Berikut adalah beberapa keputusan perlawanan yang membabitkan pasukan Brighton & Hove Albion sejak awal Januari lalu:

02 Januari 2010 (Piala FA Pusingan Ke-3)
Torquay United..0 Brighton..1

16 Januari 2010 (Liga Coca Cola Bahagian Satu)
Walsall..1 Brighton..2

23 Januari 2010 (Piala FA Pusingan Ke-4)
Aston Villa..3 Brighton..2

26 Januari 2010 (Liga Coca Cola Bahagian Satu)
Stockport County..1 Brighton..1

30 Januari 2010 (Liga Coca Cola Bahagian Satu)
Brighton..0 Millwall..1

Selepas mengharungi 27 perlawanan liga, pasukan Brighton kini menghuni tangga ke 20 liga dengan mengumpulkan 28 mata.

Nicky Forster masih mendahului senarai penjaring gol dengan 15 gol setakat ini.

Aloha......

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua teman - teman setia laman blogspot ini. Aku minta maaf kerana kesuntukan masa, aku tak dapat mengemaskini blogspot walaupun mempunyai banyak bahan - bahan untuk dikongsi bersama.

Tak apalah.... malam ini akan aku sampaikan apa yang telah aku siapkan dua tiga minggu lalu.

Moga kalian semua akan terhibur.

zkeretapi