Tuesday, 22 May 2012

Trip Ke Padang Besar

KTM Railway Fan Club (KTMRF) merancang untuk mengadakan lawatan sambil menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Padang Besar pada 22 - 24 Jun 2012.
Cadangan lawatan serta butiran telah disiarkan di sini dan kalian yang berminat dijemput turut serta terutamanya ahli-ahli baru KTMRF.

Banyak yang kalian bakal perolehi sekiranya kalian mengikuti trip-trip seperti ini. Selain daripada dapat mengenali antara satu sama lain, kalian juga boleh menikmati pemandangan alam semesta yang sangat menarik.

Aku baru aje selesai trip dari Padang Besar ke Butterworth pada 29 April yang lepas. Jadi aku masih tertanya-tanya..... nak pergi atau tidak?

-----------------------------------------------------------
Atas permintaan ramai, berikut adalah rancangan cadangan untuk Trip Padang Besar.

22 JUN 2012 (Jumaat)
8:15pm - Berkumpul di KLO
9.22pm - Naik Tren No. 20 Senandung Langkawi

23 JUN 2012 (Sabtu)
8:20am - Tiba di Stesen Padang Besar. Sarapan Pagi.
10:00am - Naik Tren No. 35 Ekspres Antarabangsa menuju ke Butterworth. Dari sini anda akan dapat melihat pemandangan di waktu siang dan perkembangan projek landasan berkembar.
2:00pm - Tiba di Stesen Butterworth. Check-in hotel. Aktiviti bebas.
7:00pm - Berkumpul untuk makan malam dan sesi perbualan/perbincangan.

24 JUN 2012 (Ahad)
6:30am - Check-out hotel. Sarapan pagi.
7:00am - Berkumpul di Stesen Butterworth.
8:00am - Naik Tren No. 1 Ekspres Rakyat untuk pulang ke destinasi asal masing-masing. Dalam perjalanan, tren akan melalui jambatan darat paling panjang di Malaysia yang terletak di antara Bagan Serai dan Parit Buntar, melalui Bukit Merah, Bukit Berapit dan sebagainya.


Tarikh akhir pendaftaran pada 5 Jun bagi tujuan pembelian tiket. Kos tertakluk kepada jenis koc dan hotel pilihan masing-masing. Rasanya tak lebih dari RM250.00 aje.


Tangisan Dalam Kerinduan

Dalam kerinduan ini
Ku menetap gambar wajahmu di ruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
Kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai
Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan
Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadi kehidupan ku tidak menentu
Keretakan bak dihempas kaca oh mengapa
Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan Takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga ke akhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinkan ku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku

Friday, 18 May 2012

Untuk Kemudahan Semua

Bagi memudahkan orang ramai terutamanya peminat-peminat bolasepak menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2012 di antara pasukan Kuala Lumpur Sime Darby FC menentang pasukan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Mei 2012, pihak KTMB ada menyediakan perkhidmatan tambahan Tren Komuter ke Rawang, Pelabuhan Klang dan Sungai Gadut.

Pada masa aku menulis ni, aku belum tahu seandainya ada jalan-jalan menuju ke Stadium Bukit Jalil akan ditutup atau tidak. Selalunya jalan akan dibuka seperti biasa, cuma akan berlaku kesesakan sebelum dan sesudah perlawanan diadakan.

Di samping itu, pada malam yang sama akan diadakan Perarakan Citrawarna Malaysia 2012. Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup Sabtu ini bermula jam 7.30 malam sehingga tengah malam.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi.

Turut terlibat adalah Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak), Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan Dataran Merdeka.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
Kalau nak senang naik KTM Komuter aje sebab keretapi tak mengalami kesesakan landasan, cuma sesak dalam tren aje. Kalau bawa kenderaan sendiri, dah lah sesak berjam-jam, nak cari tempat 'parking' pun susah. 
Sokonglah industri pelancongan di negara kita dengan menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan seperti LRT, Monorail dan yang pasti KTM Komuter. Bawa keluarga samada ke Bukit Jalil atau ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan lagi acara-acara yang akan berlangsung.

Bagi pengguna KTM Komuter, sila dapatkan tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tiket semasa balik dari ibu kota.

Sila lihat pada jadual di bawah untuk merancang perjalanan anda.



Selamat menaiki KTM Komuter.....


Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Siapalah guru yang telah membimbing kita semua hingga jadi manusia yang berguna pada hari ini?

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia tak lupa kepada guru-guru yang pernah mengajar aku dahulu. Antara sekolah aku tu adalah SK Rahang, Seremban (1976), SK Khir Johari Perai (1976 - 1978), SK Ayer Molek, Melaka (1978 - 1981) dan Sekolah Tinggi Melaka (1982 - 1986).

Tak lupa buat sanak saudara menjadi pendidik seperti Cikgu Sapiah Hj Yusof di Johor Bahru; Cikgu Abu Samah di Jasin, Melaka; Cikgu Omar dan isterinya Cikgu Salmiah juga di Melaka (apa khabar agaknya sekarang?); adik ipar aku iaitu Cikgu Zul di Pasir Gudang, Johor; Cikgu Noraishah Hj Abu Samah di Batu Pahat,Johor; Cikgu Isma (SK TLDM Lumut) dan Cikgu Fadzilah (SM Vokasional Batu Lancang, Pulau Pinang) serta tak lupa guru-guru di Tadika Pangsapuri ATM Setiawangsa, Kuala Lumpur (yang membimbing putri kesayangan aku sekarang).

Tanpa kalian siapalah kami....

SELAMAT HARI GURU

Monday, 14 May 2012

Pertandingan Reka Letak Slogan

KHAS UNTUK SEMUA WARGA KERJA KTMB BERSTATUS TETAP DAN KONTRAK TERMASUK ANAK-ANAK KAKITANGAN KTMB SAHAJA.

Gus Poyet Tinggalkan Brighton?

On the move? Poyet has worked wonders on the south coastGus Poyet semakin hampir meletakkan jawatan sebagai pengurus Brighton selepas beliau berada dalam senarai dikehendaki tiga kelab barat Midlands iaitu West Bromwich Albion, Wolverhampton Wanderers dan Aston Villa. 

Keupayaan Poyet membimbing Brighton sejak tiga musim yang lepas memang tidak dinafikan lagi. Peningkatan ketara 'The Seagulls' sejak kebelakangan ini adalah kerana keberanian Poyet mencuba pelbagai rentak permainan mengikut lawannya pada setiap perlawanan.

Sungguhpun cuba dipancing oleh Swansea City pada tahun 2010, Poyet masih kekal setia di Brighton membentuk sebuah pasukan yang mantap sehingga menduduki tangga kesepuluh Liga Kejuaraan musim ini, kedudukan tertinggi dalam liga sejak sepuluh tahun yang lalu.

Ramai pemain yang lahir dari program remaja Brighton telah diketengahkan oleh Poyet sejak musim lepas dan musim ini lebih ramai muka-muka baru seperti Jake Forster-Caskey yang diberi peluang beraksi bersama bintang-bintang Brighton.

Kasih Di Ambang Harapan

sehari bagaikan setahun
ku nanti kau di sejuk senja
mengapa hatiku bermurung
lama ku tunggu kau tiada tiba

tenang-tenang air di laut
layar kembang perahuku hanyut
taufan mendatang guruh menyambut
perahuku karam dipukul ribut

kenapa nasib ini
sengsara menimpa diri
ku inginkan bahagia
tapi malangnya yang menimpa

namun tiada ku putus asa
kini masih pun bersendirian
kan ku tunggu hingga kau tiba
semoga kasih di ambang harapan