Monday, 22 July 2013

Pemberhentian Tren Di Stesen Chamek

Atas permintaan penduduk setempat dan setelah mendapat kelulusan daripada Pengurusan KTMB, berkuatkuasa 19 Julai 2013 KTMB mula menyediakan perkhidmatan Tren Sinaran Timur No.91 & No.92 di Stesen Chamek.

Tren Sinaran Timur No.92 dari Woodlands ke Tumpat akan berhenti di stesen ini pada jam 08:39 pagi manakala Tren Sinaran Timur No.91 dari Tumpat ke Woodlands pula akan berhenti di stesen ini pada jam 08:43 malam.

Bagi kemudahan para penumpang yang naik dari stesen ini, tiket-tiket perjalanan untuk tren-tren ini boleh dibeli di atas tren.
 

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua umat Islam dan Salam Sejahtera buat yang lain. Dalam diam tak diam, ramadhan sudah sampai di pertengahan. Harap-harap agar ramadhan tahun ini boleh dilaksanakan hingga ke hujung, Insya Allah.

Saturday, 15 June 2013

Tiket ETS Juga Dijual Luar Laluan ETS

Jawatan Kosong - Pramugari/Pramugara Perkhidmatan ETS

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Perkhidmatan ETS, Antarabandar.

 PRAMUGARI/PRAMUGARA (GRED N09G10)
(PERKHIDMATAN ETS)

Kelayakan
  • Calon hendaklah berumur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam Matematik serta Bahasa Inggeris
  • Berperwatakan/berketrampilan  menarik dan ceria
  • Mempunyai ketinggian tidak kurang dari 150 sm;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

Spesifikasi Tugas
  • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
  • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
  • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
  • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
  • Membantu dan memberi perkhidmatan pelanggan semasa dalam perjalanan tren
 Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar pada atau sebelum  28 Jun 2013 ke alamat seperti berikut:-

 Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

Jawatan Kosong - Pengurus Kanan Keselamatan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad  bagi jawatan berikut:-

PENGURUS KANAN KESELAMATAN
(GRED JAWATAN KP02G04)  

Syarat Kelayakan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian yang berkaitan atau setaraf dengannya
  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Bekas Penolong Penguasa Polis, Polis Diraja Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan penuh dalam PDRM atau bersara pilihan.
  • Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Umur 50 tahun keatas
  • Mempunyai tahap kasihatan yang baik;
 Spesifikasi Tugas
  • Membantu Pengurus Besar Keselamatan mentadbir Jabatan Keselamatan dengan Cekap, Amanah dan Selamat;
  • Membantu Pengurus Besar Keselamatan menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan KTMB;
  • Merancang bagi mengatasi masalah-masalah jenayah di permis KTMB;
  • Berhubung rapat dengan PDRM;
  • Memantau pegawai cawangan/kawasan supaya sentiasa menjalankan tugas   mengikut perancangan yang telah diatur;
  • Mengadakan mesyuarat dengan pegawai cawangan/kawasan bagi mengatasi jenayah yang berlaku di permis KTMB dan memastikan anggota berdisiplin tinggi;
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  tidak lewat daripada  27 Jun 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

Jawatan Kosong - Food & Beverage Crew Perkhidmatan ETS

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Perkhidmatan ETS, Antarabandar.

 FOOD & BEVERAGE CREW  (GRED N11G12)
(PERKHIDMATAN ETS)
Kelayakan
-  Lulus Bahasa Malaysia dan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
-  Boleh berkomunikasi  dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
-  Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh iklan ditutup
-  Mempunyai tahap kesihatan yang baik
-  Bersedia untuk bertugas di atas tren

Spesifikasi Tugas
- Bertanggungjawab memastikan stok/ bekalan makanan adalah mencukupi setiap kali perjalanan tren dan merekod maklumat stok/bekalan mengikut format yang ditetapkan.
- Merancang dan mengawal aktiviti operasi F&B bertujuan mendapat  jualan yang tinggi, hubungan pelanggan yang baik di samping memastikan kebersihan sentiasa terjaga.
-  Melaporkan hasil kutipan harian dan bekalan makanan kepada pegawai bertugas pada setiap waktu akhir bekerja.
-  Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 28 Jun 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

Sunday, 9 June 2013

Pening oh Pening

Dalam aku meneruskan kajian tentang jumlah stesen dan perhentian keretapi yang pernah ada di sepanjang landasan dari Padang Besar ke Singapura dan dari Gemas ke Tumpat, aku telah berdepan dengan beberapa penemuan baru.

Dari berbagai jenis akhbar dan majalah serta laporan yang dikeluarkan, rupanya masih banyak stesen dan perhentian keretapi yang tiada dalam senarai yang aku simpan.

Antara stesen dan perhentian yang baru aku temui adalah Stesen Bukit Kota yang dibuka pada 15 November 1923, Perhentian Sungei Pulau, Perhentian Sungei Serdang, Perhentian Naga, Perhentian Jalan Banjar dan Perhentian Belengo. 

Malangnya tiada maklumat tentang lokasi atau negeri di mana terletaknya stesen atau perhentian tersebut.

Pada masa yang sama aku mendapati bahawa nama Stesen Kreh telah ditukar menjadi Stesen Tassek Glugor pada 1 Ogos 1924.

Bagi yang belum mengetahui lokasi sebenar beberapa buah stesen atau perhentian lama, berikut aku kongsi bersama kalian lokasinya.
a. Stesen Bukit Brombong terletak di T/T 361/5 Landasan Ibu. (Merupakan sebuah stesen kemudian menjadi perhentian dan seterusnya sebagai sebuah sisian sebelum ditutup pada 10 Mac 1930).
b. Perhentian Gambir terletak di T/T 449/13 Landasan Ibu. (Ditutup pada 5 November 1940).
c. Perhentian Sengkang terletak di T/T 449/21 Landasan Ibu. (Dibuka pada 5 November 1940).
d. Perhentian Siput. (Terletak di antara Stesen Sirusa dan Bagan Pinang dalam Landasan Cawangan Port Dickson).
e. Stesen Pulau Tiga. (Terletak di antara Stesen Sungai Petani dan Sungai Lallang dalam Landasan Cawangan Kedah).
f. Perhentian Palong. (Terletak di antara Perhentian Londah dan Stesen Rompin dalam Landasan Cawangan Pantai Timur).
g. Perhentian Chanih. (Terletak di antara Stesen Pahi dan Krai dalam Landasan cawangan Pantai Timur).

Ada banyak lagi perkara atau lebih tepat lagi maklumat penting aku perolehi samada secara sengaja atau tidak sengaja semasa aku membelek akhbar, majalah atau laporan lama di perpustakaan atau arkib atau sewaktu melayari internet.

Oleh kerana terlampau lama menyemak atau memerhati tanpa ada ruang untuk berehat, maka mata pun rasa pedih. Bila mata dah rasa pedih, kepala pula jadi pening.....

Aduh mak, pening oh pening........