Tuesday, 16 February 2010

Tren Antarabangsa Bangkok - Butterworth - Bangkok

Selama ini kita hanya mengetahui bahawa setiap kali Tren No. 35 (Bangkok - Butterworth) dan Tren No. 36 (Butterworth - Bangkok) apabila dilarikan di antara Padang Besar - Butterworth dan Butterworth - Padang Besar, jajarannya adalah sebuah lokomotif dan dua buah koc RSR.

Aku yang kerap meninjau ke Stesen Butterworth pun sempat merakamkan beberapa gambar yang menunjukkan jajaran seperti itu beroperasi. Tak kiralah waktu musim cuti atau hari biasa, tiada penambahan koc dibuat samada oleh pihak KTMB mahupun RSR.


Tetapi, pada hari Ahad yang lepas (14 Feb 2010), aku dikejutkan dengan satu perkhabaran yang aku anggap sebagai satu peningkatan kepada perkhidmatan ini. Sebuah koc ASC telah disambungkan dengan dua buah koc RSR bagi perjalanan menuju ke Padang Besar dan pulang ke Butterworth pada keesokkan hari.

Penambahan koc ini baru saja dilaksanakan atas permintaan orang ramai dan lanjutan daripada aduan para penumpang yang membeli tiket ke Bangkok atau stesen perantaraannya.

Sungguhpun jajaran ini telah ditambah dengan satu koc, kesesakan penumpang masih tidak dapat diatasi. Adakah kini orang ramai telah mula mengalih untuk menaiki keretapi?

Koc ASC ini telah dilengkapi dengan generator khas (seperti koc di Pantai Timur) bagi menyalakan lampu dan menggerakkan sistem hawa dingin. Jajaran ini tidak mempunyai PGC sendiri seperti tren ekspres yang lain.

Apa pun, aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada KTMB atas penambahbaikan terhadap Tren Ekspres Antarabangsa ini.

Aku ingin mencadangkan agar pihak KTMB dapat menyediakan perkhidmatan shuttle antara Padang Besar ke Alor Star atau Sungai Petani kerana :

1. Tambang keretapi lebih murah daripada tambang bas atau teksi.
2. Keretapi lebih selamat daripada kenderaan di jalan raya.
3. Dengan adanya jadual waktu yang tetap, para penumpang dapat merancang perjalanan.
4. Dengan menaiki keretapi, para penumpang merasa lebih selesa dan dapat membawa banyak barang.
5. Dapat menjana ekonomi negara hasil daripada cukai di pintu masuk sempadan.

Dulu aku selalu menaiki Tren No. B/72 yang bertolak dari Butterworth jam 0745 dan tiba di Arau jam 1115. Lari membeli belah sekejap di Padang Besar. Kemudian balik semula dengan Tren No. B/73 dari Arau jam 1740 dan tiba di Butterworth jam 2105. Tetapi, selalunya aku turun di Stesen Perai sebab hari dah malam. Lagipun dari Stesen Perai ke rumah aku di Kuarters KTMB Jalan Coope tu dekat aje.

Kini semuanya tinggal kenangan.... termasuklah sekolah tempat aku belajar iaitu Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Perai. Terima kasih kepada semua guru - guru yang pernah mengajarku. Yang best sekali adalah Cikgu Khadijah.....

Brighton..1 Norwich City..2

Perlawanan menentang Norwich City di Stadium Withdean pada hari Sabtu (13 Feb 2010) yang lepas, umpama pertembungan langit dan bumi. Ini kerana Norwich kini menerajui Liga Coca Cola Bahagian Satu manakala Brighton terpinggir di tangga ke 21.

Perlawanan menarik yang berkesudahan dengan kekalahan buat pasukan Brighton 1 - 2 di hadapan 7,258 orang penonton.

Gol tunggal pasukan Brighton adalah hasil jaringan Elliott Bennett dari satu sepakan percuma pada minit ke 21.

Pasukan Brighton membuat dua perubahan dalam senarai kesebelasan utama hari ini. Kazenga LuaLua (gambar) yang dipinjam dari pasukan Newcastle United menguatkan barisan tengah, mengambil tempat Seb Carole yang kembali ke bangku simpanan. Glenn Murray pula mengambil tempat Liam Dickinson di bahagian serangan.

Sementara itu, Adam El-Abd kembali ke bangsku simpanan buat pertama kali sejak sembuh dari kecederaan.

Perlawanan liga seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang pasukan Leeds United di Ellands Road, pada hari Sabtu nanti (20 Feb 2010).

Albion: (4-4-2) Kuipers; Calderon, Virgo, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro (Hart 85), LuaLua (Dicker 61); Holroyd (Carole 62), Murray. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoyte, El-Abd, Dickinson.

Friday, 12 February 2010

James Tunnicliffe Dipinjamkan Ke MK Dons

Pemain pertahanan Brighton, James Tunnicliffe telah dipinjamkan ke kelab MK Dons bagi tempoh selama sebulan dengan harapan dapat bermain bersama pasukan utama di Stadium MK.

Tunnicliffe tidak turun sejak kemenangan Piala FA di Torquay pada 2 Januari lalu, dan pengurus Gus Poyet telah bersetuju untuk membenarkan pemain berusia 21 tahun itu untuk menyertai kelab yang dipimpin oleh Paul Ince.

Brighton..0 Huddersfield Town..0

Pada 9 Februari 2010 yang lalu di Stadium Withdean, pasukan Brighton hanya mampu mencatat keputusan seri 0 - 0 ketika menentang Huddersfield Town, dalam perlawanan Liga Coca Cola Bahagian Satu.

Seramai 4,711 orang telah hadir menyaksikan perlawanan ini yang menyaksikan pasukan Brighton mengutip satu lagi mata (30 mata) untuk menduduki tangga ke 19 liga.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Norwich City pada hari Sabtu, 13 Februari 2010 juga di Stadium Withdean.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Calderon, Virgo, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Carole (Dicker 71); Holroyd, Dickinson (Murray 65). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoyte, Cox, Hart, Tunnicliffe

Sunday, 7 February 2010

Leyton Orient..1 Brighton..1

Pasukan Brighton mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ketika menentang Leyton Orient di Brisbane Road, Leyton malam tadi. Seramaia 6,027 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang mendebarkan ini.

Gol tunggal Brighton adalah hasil jaringan Glenn Murray pada minit ke-10.

Sungguhpun mendapat satu mata, pasukan Brighton kini menghuni tangga ke-21 liga, turun satu anak tangga selepas dipintas oleh pasukan Gillingham yang turut mengumpul 29 mata, tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 9 Februari 2010 dalam perlawanan Liga Coca Cola Bahagian Satu menentang Huddersfield Town di Stadium Withdean.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Calderon, Virgo, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker; Murray (Hart 75), Dickinson. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Cox, Tunnicliffe, Carole, Hoyte, Holroyd.

Thursday, 4 February 2010

Jadual Baru Tren Penumpang

Berkuatkuasa 15 Januari 2010, jadual perjalanan beberapa tren penumpang telah diubah. Berikut adalah ringkasan kepada pindaan yang telah dibuat.

Tren No. 1 Ekspres Rakyat Butterworth (0745H) - Singapura (2200H)
Tren No. 2 Ekspres Rakyat Singapura (0745H) - Butterworth (2150H)

Tren No. 5 Ekspres Sinaran Pagi Selatan KL Sentral (0825H) - Singapura (1605H)
Tren No. 6 Ekspres Sinaran Petang Selatan Singapura (1330H) - KL Sentral (2035H)

Tren No. 7 Ekspres Senandung Langkawi Hatyai (1520H) - Gemas (0810H)
Tren No. 8 Ekspres Senandung Langkawi Gemas (1815H) - Hatyai (1035H)

Tren No. 9 Senandung Malam Utara Butterworth (2330H) - KL Sentral (0640H)
Tren No. 10 Senandung Malam Utara KL Sentral (2330H) - Butterworth (0635H)

Tren No. 11 Senandung Malam Selatan KL Sentral (2230H) - Singapura (0820H)
Tren No. 12 Senandung Malam Selatan Singapura (2215H) - KL Sentral (0630H)

Tren No. 14 Ekspres Timuran Singapura (1800H) - Tumpat (0900H)
Tren No. 15 Ekspres Timuran Tumpat (2030H) - Singapura (1126H)

Tren No. 16 Ekspres Wau KL Sentral (2035) - Tumpat (0946H)
Tren No. 17 Ekspres Wau Tumpat (1800H) - KL Sentral (0720H)

Tren No. 22 Ekspres E & O Singapura (1130H) - Bangkok (1645H)
Tren No. 23 Ekspres E & O Bangkok (0810H) - Singapura (1200H)

Tren No. 26 Ekspres Lambaian Timur Singapura (0445H) - Gua Musang (1527H)
Tren No. 27 Ekspres Lambaian Timur Gua Musang (0930H) - Singapura (2045)

Tren No. 35 Ekspres Antarabangsa Bangkok (1545H) - Butterworth (1351H)
Tren No. 36 Ekspres Antarabangsa Butterworth (1420H) - Bangkok (1124H)

Tren No. 51 Shuttle Ipoh (0440H) - Kajang (0810H)
Tren No. 52 Shuttle KL Sentral (0530H) - Ipoh (0830H)

Tren No. 53 Shuttle Ipoh (0900H) - KL Sentral (1150H)
Tren No. 54 Shuttle Kajang (0835H) - Ipoh (1201H)

Tren No. 55 Shuttle Ipoh (1325H) - Kajang (1652H)
Tren No. 56 Shuttle KL Sentral (1300H) - Ipoh (1548H)

Tren No. 57 Shuttle Ipoh (1800H) - KL Sentral (2100H)
Tren No. 58 Shuttle Kajang (1730H) - Ipoh (2100H)

Tren No. 59 Shuttle Ipoh (2145H) - KL Sentral (0045H)
Tren No. 60 Shuttle KL Sentral (2145H) - Ipoh (0045H)
* Berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2009, perkhidmatan tren shuttle Ipoh - KL Sentral - Ipoh dilanjutkan hingga ke Stesen Kajang.

Tren No. 81 Mel Siang Tumpat (0345H) - Gua Musang (0850H)
Tren No. 82 Mel Siang Gua Musang (0730H) - Tumpat (1310H)

Tren No. 83 Mel Siang Tumpat (1405H) - Gua Musang (1955H)
Tren No. 84 Mel Siang Gua Musang (1545H) - Tumpat (2000H)

Tren No. 85 Shuttle Tumpat (1045H) - Kemubu (1323H)
Tren No. 86 Shuttle Kemubu (1355H) - Tumpat (1655H)
* Asalnya perkhidmatan shuttle ini beroperasi antara Tumpat - Dabong - Tumpat. Tetapi atas permintaan penduduk tempat, ianya disambung hingga ke Kemubu.

Tren No. 91 Tempatan Tumpat (0600H) - Kuala Lipis (1335H)
Tren No. 92 Tempatan Kuala Lipis (1430H) - Tumpat (2157H)

Stesen Sentul