Tuesday 16 February 2010

Brighton..1 Norwich City..2

Perlawanan menentang Norwich City di Stadium Withdean pada hari Sabtu (13 Feb 2010) yang lepas, umpama pertembungan langit dan bumi. Ini kerana Norwich kini menerajui Liga Coca Cola Bahagian Satu manakala Brighton terpinggir di tangga ke 21.

Perlawanan menarik yang berkesudahan dengan kekalahan buat pasukan Brighton 1 - 2 di hadapan 7,258 orang penonton.

Gol tunggal pasukan Brighton adalah hasil jaringan Elliott Bennett dari satu sepakan percuma pada minit ke 21.

Pasukan Brighton membuat dua perubahan dalam senarai kesebelasan utama hari ini. Kazenga LuaLua (gambar) yang dipinjam dari pasukan Newcastle United menguatkan barisan tengah, mengambil tempat Seb Carole yang kembali ke bangku simpanan. Glenn Murray pula mengambil tempat Liam Dickinson di bahagian serangan.

Sementara itu, Adam El-Abd kembali ke bangsku simpanan buat pertama kali sejak sembuh dari kecederaan.

Perlawanan liga seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang pasukan Leeds United di Ellands Road, pada hari Sabtu nanti (20 Feb 2010).

Albion: (4-4-2) Kuipers; Calderon, Virgo, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro (Hart 85), LuaLua (Dicker 61); Holroyd (Carole 62), Murray. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoyte, El-Abd, Dickinson.

No comments:

Post a Comment