Aku ke Padang Besar menaiki bas. Dari Ipoh ke Butterworth. Butterworth ke Kangar. Akhir sekali dari Kangar ke Padang Besar.
Aku tiba di Padang Besar jam 0945 dan terus membeli tiket Tren No. 35 dengan harga RM 11.10 aje.
Setiba aku di platform, lokomotif YDM4 No. 6561 telah sedia menanti untuk berlepas.
Sementara menunggu ketibaan Tren No. 8 Ekspres Senandung Langkawi dari Gemas, kelihatan dihujung Platform No. 3, sebuah lokomotif No. 4559 milik RSR.
Tepat jam 1000, kelihatan sebuah lagi lokomotif YDM4 No. 6546 menarik jajaran Ekspres Senandung Langkawi dari Gemas mula memasuki stesen. Tren ini sepatutnya tiba pada jam 0940.
Kemudian Tren No. 35 yang aku naiki memulakan perjalanan pada jam 1005. Di kawasan Depot Padang Besar kelihatan beberapa lokomotif kelas 24, 252, 26 dan 29.
Tren melepasi Stesen Bukit Ketri pada jam 1028 seterusnya melalui Sisian CIMA Bukit Ketri seminit kemudian.
Stesen pertama tren ini berhenti selepas Padang Besar adalah Stesen Arau. Ramai penumpang yang menaiki tren dari stesen ini.
Tren melalui lintasan rata Kodiang tepat pada jam 1050.
Mendapat laluan bebas di Stesen Tunjang pada jam 1105.
Di hujung stesen ini kelihatan beberapa buah jentera Unit Urusan Jalan sedang 'berehat'.
Aku suka melihat kehijauan alam seperti ini, ianya begitu menenangkan jiwa.
Ketika memasuki Stesen Alor Star, tren berselisih dengan sebuah tren barang dari selatan.
Akhirnya pada jam 1125, tren berhenti di Stesen Alor Star. Sama seperti di Arau, ramai penumpang yang menaiki tren. Tak kurang juga penumpang turun di stesen ini.
Pada jam 1144, tren melepasi Perhentian Alor Belat. Kenapa yer perhentian ini tidak dijaga dengan sempurna?
Masuk Stesen Junun pada jam 1204.
Kemudian, dengan tidak disangka - sangka, sewaktu memasuki kawasan Stesen Gurun, tren telah diarahkan untuk masuk ke landasan gegelong. Sepatutnya tren terus lalu di stesen ini.
Rupa - rupanya satu lagi perselisihan telah diatur. Waktu itu lebih kurang jam 1215.
Di bawah ini adalah bangunan lama Stesen Gurun. Ianya akan dirobohkan dalam sedikit masa lagi sesuai dengan perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar.
Ini pula gambar bangunan sementara Stesen Gurun yang merupakan gabungan tiga buah kontena. Kelihatan juga lokomotif YDM4 No. 6699 bersama gerabak BTU sedang bersedia untuk berlepas menuju ke Butterworth UET.
Tepat jam 1220, tibalah simen liner yang ditunggu. Sebuah lokomotif Kelas 26 sedang menarik jajaran BBC menuju ke Bukit Ketri.
Kemudian Tren No. 35 meneruskan lagi perjalanan. Setibanya di KM 37.5, kelihatan satu laluan landasan sedang disiapkan.
Nampaknya projek landasan berkembar ini sedang rancak dilakukan. Syukurlah, walaupun mendapat bantahan, teguran dan sebagainya, projek ini tetap diteruskan. Tak ada salahnya kalau Kerajaan nak berbelanja lebih sedikit, asalkan rakyat dapat mengecapi hasilnya bersama - sama.
Tepat jam 1243, tren berhenti di Stesen Sungai Petani. Ramai penumpang turun di stesen ini. Tiada perselisihan dirancang. Kelihatan beberapa jentera Urusan Jalan mengambil tempat di kawasan yad stesen.
Tidak berapa lama selepas meninggalkan Stesen Sungai Petani, tren melalui satu kawasan yang pada pendapat aku akan terbinanya sebuah sisian tidak lama lagi. Mungkin dalam sebulan dua selepas ini aku akan mendapat jawapannya.
Ini pula adalah Stesen Pinang Tunggal. Stesen ini baru dibuka semula 7 Januari 2010 bagi tujuan perselisihan tren. Fungsinya lebih kurang sama dengan Stesen Simpang Ampat!
Sebuah lagi stesen yang terlibat dengan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar ini adalah Stesen Tasek Gelugor. Tren cuma lalu sahaja di stesen ini pada jam 1304. Tiada lagi kelihatan longgokan batu dan pasir seperti selalu di landasan sisian stesen ini. Gerabak BEB atau BFL juga tidak kelihatan.
Ini satu lagi kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sisian. Ianya terletak di KM 11.25. Mungkin juga ini adalah kawasan lama bagi Stesen Jarak. Pemandangannya sama macam yang boleh kalian lihat di Stesen Kendong atau Stesen Tebong.
Jam 1316, tren berhenti lagi. Kali ini di Stesen Penanti untuk berselisih dengan sebuah lagi keretapi barang.
Tidak lama kemudian, tren kontena tiba dengan lokomotif Kelas 24.
Adakah kalian tahu bahawa Sistem Token adalah sistem persemboyanan keretapi yang paling selamat sekali di dunia? 'Tablet' yang mengandungi kunci itulah penyelamat dari sebarang perlanggaran keretapi. Ianya terbukti berkesan kerana di Malaysia ini dah lama kita tak dengar keretapi berlanggar 'kepala dengan kepala'. Kalau tergelincir dari landasan tu adalah perkara biasa.
Akhirnya, tren tiba di Stesen Bukit Mertajam pada jam 1332.
Akhirnya, tren tiba di Stesen Bukit Mertajam pada jam 1332.
Melepasi Stesen Bukit Tengah pada jam 1340.
Seterusnya Perai pada jam 1346.
Setelah puas mengambil gambar, akhirnya aku terpaksa turun dari tren kerana telah sampai di Stesen Butterworth pada jam 1350. Kelihatan lokomotif Kelas YDM4 No. 6279 bersedia untuk membawa penumpang bagi perjalanan Tren No. 36 Ekspres Antarabangsa Butterworth - Bangkok.
Aku rasa bersyukur kerana sepanjang perjalanan tadi, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Aku menjadi sedih kerana sewaktu dalam perjalanan balik ke Ipoh, aku mendapat perkhabaran sebuah tren barang dari Bangkok ke Butterworth tergelincir di Guar Chempedak.
Memang tidak dapat aku nafikan, cuaca amat panas sekali pada hari itu. Aku sendiri pun kehabisan air mineral 1.5 liter yang aku beli semasa di Padang Besar. Dahaga yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment