Aku yang kerap meninjau ke Stesen Butterworth pun sempat merakamkan beberapa gambar yang menunjukkan jajaran seperti itu beroperasi. Tak kiralah waktu musim cuti atau hari biasa, tiada penambahan koc dibuat samada oleh pihak KTMB mahupun RSR.
Tetapi, pada hari Ahad yang lepas (14 Feb 2010), aku dikejutkan dengan satu perkhabaran yang aku anggap sebagai satu peningkatan kepada perkhidmatan ini. Sebuah koc ASC telah disambungkan dengan dua buah koc RSR bagi perjalanan menuju ke Padang Besar dan pulang ke Butterworth pada keesokkan hari.
Penambahan koc ini baru saja dilaksanakan atas permintaan orang ramai dan lanjutan daripada aduan para penumpang yang membeli tiket ke Bangkok atau stesen perantaraannya.
Sungguhpun jajaran ini telah ditambah dengan satu koc, kesesakan penumpang masih tidak dapat diatasi. Adakah kini orang ramai telah mula mengalih untuk menaiki keretapi?
Koc ASC ini telah dilengkapi dengan generator khas (seperti koc di Pantai Timur) bagi menyalakan lampu dan menggerakkan sistem hawa dingin. Jajaran ini tidak mempunyai PGC sendiri seperti tren ekspres yang lain.
Apa pun, aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada KTMB atas penambahbaikan terhadap Tren Ekspres Antarabangsa ini.
Aku ingin mencadangkan agar pihak KTMB dapat menyediakan perkhidmatan shuttle antara Padang Besar ke Alor Star atau Sungai Petani kerana :
1. Tambang keretapi lebih murah daripada tambang bas atau teksi.
2. Keretapi lebih selamat daripada kenderaan di jalan raya.
3. Dengan adanya jadual waktu yang tetap, para penumpang dapat merancang perjalanan.
4. Dengan menaiki keretapi, para penumpang merasa lebih selesa dan dapat membawa banyak barang.
5. Dapat menjana ekonomi negara hasil daripada cukai di pintu masuk sempadan.
Dulu aku selalu menaiki Tren No. B/72 yang bertolak dari Butterworth jam 0745 dan tiba di Arau jam 1115. Lari membeli belah sekejap di Padang Besar. Kemudian balik semula dengan Tren No. B/73 dari Arau jam 1740 dan tiba di Butterworth jam 2105. Tetapi, selalunya aku turun di Stesen Perai sebab hari dah malam. Lagipun dari Stesen Perai ke rumah aku di Kuarters KTMB Jalan Coope tu dekat aje.
Kini semuanya tinggal kenangan.... termasuklah sekolah tempat aku belajar iaitu Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Perai. Terima kasih kepada semua guru - guru yang pernah mengajarku. Yang best sekali adalah Cikgu Khadijah.....
berapakah tambang sebenarnya ke bangkok dari butterword.
ReplyDeleteTambang dari Butterworth ke Bangkok adalah seperti berikut:
ReplyDelete1. Tempat tidur atas: RM103.90 sen
2. tempat tidur bawah: Rm111.90 sen
brpa jam dr butterworth ke bangkok ?
ReplyDeleteberapa jam ye dr butterworth ke bangkok? sebab saya ingt nk gerak dr kl....
ReplyDelete22 jam..
ReplyDeletecadangan yg amat baikk!! permintaan tgi tu
ReplyDeleteSalam...nk tanya tiket dari Butterworth ke Bangkok beli dimana??boleh beli on line??dan boleh beli awal dari perjalanan?..terimakasih..
ReplyDeleteSalam...nk tanya tiket dari Butterworth ke Bangkok beli dimana??boleh beli on line??dan boleh beli awal dari perjalanan?..terimakasih..
ReplyDelete