Saturday, 16 June 2012

Tukang Besi Di Bengkel Keretapi

Tukang Besi Di Bengkel Keretapi - Siti Zainon Ismail

dia lelaki muda dari lembah
tak sempat menatap mata ayah
menggenggam hidup warisan alam
menukul besi
menggelek tayar keretapi
wajah merah memain percikan bunga api
ia mengetuk bersama siul kenari dunia baru
menggiling percaturan nafas
tanpa mengenal jalur kesal
demi upah semangkuk sup awal bulan

dia lelaki tiga zaman
telah dilengkuhnya fajar kelabu
telah disilangnya keringat siang
dia lelaki penakluk malam
menyentik hujan
silih berganti
jari kematunya masih mengetuk jeriji
seperti juga setia dia
menghitung malam
di bengkel tua istirehat seminit berbantal besi
di tuangnya kopi sisa semalam
masih juga ia bertasbih
senyum mengenangi Dia.

sebatilah alam yang dihirup
darah keringat
demi anak-anak
bisakah satu ketika
putera sulung mengubah haluan?

tukang besi di bengkel keretapi
dialah ayahku
dialah pamanku
abang-abangku
itulah adik-adikku

tapi kalau kalian anak-anakku
kini, harus terdidik dari akademi tukang
yang tak lagi menjadi kuda tunggangan.


1984

Laman Facebook Bait Al-Amin

ASSALAMMUALAIKUM PARA PENGUNJUNG...

UNTUK BERITA-BERITA TERKINI ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN JEMPUTLAH BERTANDANG KE LAMAN FACEBOOK KAMI:   

RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN PARIT @ BAIT AL-AMIN

Suatu Pagi Di Setiawangsa

Keadaan berjerubu melanda persekitaran Kuala Lumpur pagi ini (Sabtu, 16 Jun 2012). Lihatlah keadaan dari rumah aku pada jam 07.45 pagi tadi.









Keadaan kekal sehingga jam 9.00 pagi dengan matahari yang menyinarkan cahayanya tidak mampu untuk mengatasi keadaan yang seakan-akan berkabus.

Friday, 15 June 2012

Berpindah..

Mulai hari ini semua berita mengenai bolasepak terutamanya yang melibatkan pasukan Brighton & Hove Albion telah berpindah ke http://www.malaysianseagulls.blogspot.com/.

Terima kasih di atas sokongan semua pihak selama ini dalam menyokong kelab yang akan terus beraksi dalam Liga Kejuaraan pada musim 2012/13.

moving aimation

Thursday, 14 June 2012

Musim bolasepak England bagi Musim 2011/12 telah pun berakhir. Kini pasukan kebangsaan England sedang bertarung dalam EURO 2012.

Bolasepak di England bagi Musim 2012/13 akan bermula pada 18 Ogos 2012 dan berakhir pada 19 Mei 2013.

Berikut adalah senarai lengkap 'turun-naik' bagi musim 2011/12: 

Turun ke Liga Kejuaraan:
    Bolton Wanderers
    Blackburn Rovers
    Wolverhampton Wanderers

Naik ke Liga Perdana England:
    Reading
    Southampton
    West Ham United

Turun ke Liga 1:
    Portsmouth
    Coventry City
    Doncaster Rovers

Naik ke Liga Kejuaraan:
    Charlton Athletic
    Sheffield Wednesday
    Huddersfield Town

Turun ke Liga 2:
    Wycombe Wanderers
    Chesterfield
    Exeter City
    Rochdale

Naik ke Liga 1:
    Swindon Town
    Shrewsbury Town
    Crawley Town
    Crewe Alexandra

Turun ke Liga Konfederasi Kebangsaan:
    Hereford United
    Macclesfield Town

Naik ke Liga 2:
    Fleetwood Town
    York City


Berikut pula sebahagian daripada pemenang piala-piala yang dipertandingan dalam bolasepak di England musim lepas.


Pemenang Perisai Sumbangsih: Manchester United

Pemenang Piala FA England: Chelsea

Pemenang Piala Carling: Liverpool

Pemenang 'Football League Trophy': Chesterfield  

Pemenang FA Trophy: York City

Pemenang FA Vase: Dunston UTS

Pemenang Piala FA Wanita: Birmingham City

Pemenang Piala FA Belia: Chelsea

... he he he sekadar nak berseronok aje.... Malaysia tetap di hati aku....

Perkhidmatan ETS Ipoh – Seremban – Ipoh



Berkuatkuasa 9 Jun 2012 yang lalu, ETS telah memperkenalkan semula perkhidmatan bagi Sektor Ipoh – Seremban – Ipoh. Selepas mendapat permintaan hangat daripada para penumpang, pengurusan KTMB telah bersetuju untuk menyediakan dua perkhidmatan harian dan empat perkhidmatan pada hujung minggu.

Para penumpang boleh merujuk kepada jadual di bawah:

ETS dari Ipoh ke Seremban:
Tren ET61 – Berlepas dari Ipoh pada jam 0700. Singgah di KL Sentral pada jam 0924. Tiba di Seremban pada jam 1025.
Tren ET63 – Berlepas dari Ipoh pada jam 1400. Singgah di KL Sentral pada jam 1624. Tiba di Seremban pada jam 1725.

ETS dari Seremban ke Ipoh.
Tren ET62 – Berlepas dari Seremban pada jam 1055. Singgah di KL Sentral pada jam 1155. Tiba di Ipoh pada jam 1432.
Tren ET64 – Berlepas dari Seremban pada jam 1755. Singgah di KL Sentral pada jam 1901. Tiba di Ipoh pada jam 2132.

Nota:
Tren No. ET61 dan ET62 akan dilarikan setiap Sabtu dan Ahad.
Tren No. ET63 dan ET64 akan dilarikan setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Para penumpang boleh membeli tiket masing-masing 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

98,000 Guna Komuter Setiap Hari

KUALA LUMPUR 11 Jun – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menunjukkan keberkesanan apabila secara purata 98,000 pengguna menggunakan perkhidmatan itu setiap hari sepanjang lima tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Stesen KL Sentral mencatat purata harian tertinggi dengan 19,487 orang diikuti MidValley (6,135), Bank Negara (5,055), Sungai Buloh (4,072) dan Bandar Tasik Selatan (4,061).

Menurutnya, KTMB telah merangka perancangan lanjut dalam jangka pendek dan panjang melalui inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti perolehan 38 set komuter enam koc

“Ia bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan komuter di samping peningkatan kekerapan perjalanan daripada 15 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu luar puncak kepada masing-masing 10 dan 20 minit,” katanya menjawab soalan Tan Sri Ong Ka Ting(BN-Kulai).

  
Nota: Macam yang telah aku beritahu beberapa hari sebelum ini, orang ramai dah mula memilih keretapi sebagai mod pengangkutan masa kini. Tahniah buat KTMB dan Kerajaan Malaysia atas perkembangan baik ini.