Monday, 31 December 2012

Hello....


Hai... apa khabar? Sudah agak lama juga aku tidak menulis di blog ini. Bukan tak mahu menulis lagi, tetapi aku menghadapi masalah untuk mendapatkan liputan internet sejak berpindah dari Kuala Lumpur. Mujur juga ada sebuah perpustakaan di sini yang mana aku boleh menumpang untuk mengemaskini blog ini.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, hari ini akan aku siarkan beberapa lagi catatan untuk aku kongsi bersama kalian. Antaranya ialah sekitar Pasar Minggu Gua Musang; sedikit gambar tentang Stesen Keretapi Gua Musang yang baru; berkelah di Lata Mengkuang, Sik, Kedah; berkunjung ke Lumut dan banyak lagi.

Terima kasih di atas kesudian dan kesetiaan kalian mengunjungi blogspot ini.

Monday, 17 December 2012

Bercuti Di Sabah Hari Ketiga

Hari ketiga di Kota Kinabalu dimulakan dengan membeli belah di Pasar Kraftangan.

Selepas itu kami menikmati sarapan pagi berupa nasi lemak, lontong dan roti bakar.

Sejurus selepas itu kami menuju ke Muzium Sabah.
Keluar dari muzium, kami menuju ke Pameran Teknologi Keretapi.
Selepas menyaksikan pameran keretapi, kami meneruskan langkah menuju ke Kampung Warisan.
Makan tengahari kami adalah di Restoren D'Lengkuas, Sembulan.

Sebelum petang, kami mengunjungi Pantai Tanjung Aru.
Akhirnya untuk menghilangkan dahaga, kami menikmati air kelapa muda di Anjung Perdana Tanjung Aru.

Bercuti Di Sabah Hari Kedua

Beberapa hari yang lepas, aku dan keluarga meluangkan masa untuk bercuti di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.
Hari pertama di Kota Kinabalu, banyak dihabiskan dengan berjumpa dengan kawan-kawan aku sambil merancang untuk nak pergi ke mana. Pada sebelah malamnya aku dan keluarga makan di gerai berhampiran dengan pasar.


Hari kedua bermula dengan lawatan ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah.
Kemudian aku dan keluarga menuju ke arah Taman Kinabalu, kira-kira dua jam perjalanan dengan kereta. Tetapi sebelum itu, kami telah singgah di Rumah Terbalik, Tamparuli.
Setelah hampir sejam di situ, kami meneruskan perjalanan ke Taman Kinabalu pula.
Masjid Jamek Kundasan menjadi tempat persinggahan kami seterusnya. Di masjid ini juga kami bersolat dan berehat sejenak.
Dari masjid ini, kelihatan Banjaran Gunung Kinabalu dengan jelas.
Dari sini juga kelihatan saujana pemandangan yang sangat menarik.
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Poring, di mana terdapat kolam air panas.
Setelah puas berjalan-jalan di Poring, kami kembali semula ke Kota Kinabalu. Tetapi sebelum itu kami singgah sebentar di gerai menjual sayuran dan buah-buahan Kundasang.
Akhirnya sebelum balik semula ke tempat penginapan di Hotel Seri Borneo, kami sekeluarga menikmati makan malam yang enak berupa makanan laut yang segar, enak dan murah.

Tuesday, 11 December 2012

Pawana Sampaikanlah Rasa

Orang berbangsa
Pancarnya telus ke hati
Orang yang mulia
Di hati kita
Bau harum di pagar berduri

Langkah menuju
Biasku jadi tak menentu
Ibaratnya labu
Menjalar ke hulu
Berdebu menuju yang satu

Gemerlapan cincin di jari
Memetik kecapi suaranya menawan
Cantik budi nampak berseri
Tentu ramai hati nan tertawan

Langit membisu
Kilat memancar
Hujan tak jadi
Songket kulipat retaknya seribu
Hiasan kasih
Kekal nan abadi

Panghantaran Pasir

Tidak berapa lama sebelum ini, aku ada terlihat beberapa tren liner kosong berupa sebuah lokomotif Kelas 29 dan berbelas gerabak HOTC menuju ke arah utara. Aku tak tahu dari mana arah dan ke mana arahnya tren tersebut.

Baru-baru ini sewaktu di Stesen Subang Jaya menunggu ketibaan Tren Komuter untuk ke Pelabuhan Klang, aku nampak lagi tren liner ini lalu bersama muatannya. Mana nak pergi tren ini agaknya.......?
 
Kemudian tibalah Tren Komuter yang dinanti. Selepas semua penumpang telah turun dan naik, komuter itu pun bergerak menuju ke stesen berikutnya. Tetapi pergerakan tren komuter terhenti agak lama di 'Down Outer' Stesen Batu Tiga, kenapa agaknya?

Akhirnya aku mengetahui bahawa tren yang lalu sebelum ini baru sudah melansir jajarannya masuk ke 'unloading area' di sisian Stesen Batu Tiga, muatannya pula berupa pasir.

 
 
 
 
 
 
 
Tapi maaflah, gambar kurang memuaskan kerana hujan lebat pada waktu ianya dirakam, lagipun masa tu aku dalam komuter.

Apapun aku akan 'siasat' dari mana asalnya penghantaran ini di buat. Bukan nak sibuk, tapi sekadar untuk berkongsi dengan kalian yang di luar sana....

Friday, 7 December 2012

Stesen Baru KTM Komuter

Aku sering menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Sering kali juga aku menaiki set baru My Komuter yang agak selesa. Kadangkala dalam perjalanan, aku lihat skrin yang menunjukkan pergerakan tren yang aku  naiki.

Bila melihat pada skrin itu,  menjadi tandatanya buat aku apakah stesen baru yang bakal ada sebelum Perhentian Angkasapuri?
Oleh kerana ingin tahu, dengan menaiki komuter aku lakukan satu tinjauan dan hasil tinjauan itu menceritakan segala-galanya. 

Gambar-gambar berikut menunjukkan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di sebelah kiri arah ke Angkasapuri.

Jadi benarlah dengan apa yang aku lihat sebelum ini ...
 Untuk  maklumat lanjut tentang KL Eco City ini,  kalian boleh klik pada logo di bawah ini.
Tetapi bilakah agaknya stesen baru ini akan mula  dibina dan beroperasi untuk kemudahan penduduk setempat?

Tuesday, 4 December 2012

Ain Naik Pelamin

Sejak awal pagi aku dah bangun dari tidur kerana terpaksa bersiap untuk ke tempat menyembelih kerbau untuk dijadikan juadah utama pada Majlis Persandingan Ain tengahari nanti.

Tetapi entah macam mana, aku kena uruskan perkara lain yang lebih penting di rumah. 

Kita ikuti sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat aku curi dari pagi yang cerah hingga ke petang yang lembab kerana hujan lebat sewaktu pengantin bersanding.

 Dari awal lagi kaum ibu dah mula membuat persiapan
 Kaum bapa sedang menghiris daging kerbau
 
 
 
 Tukang masak mula memasak nasi
 Sebahagian rempas ratus yang digunakan
 Sedang menggoreng karipap dan kuih badak
 Nasi minyak sedang dalam periuk
 Majlis Berzanji yang turut disertai oleh ibu Ain, Kak Habsah (baju pink)
 
 Tim membuat lauk untuk santapan pengantin
Berzanji ke tido kak?
Sebelum Majlis Akad Nikah
 Kak Arah dan Isma, dua beranak yang datang dari jauh
 Ain di bilik pengantin
 Bapa Ain yang akan menikahkan Ain dengan si Fadzil tu
 Selesai Akad Nikah
 Ini pun datang dari jauh juga
 Pemberian Mas Kahwin
 Fadzil memakaikan gelang pada Ain
 Ain bersalam dengan bapanya
 Ain menyarungkan cincin pada Fadzil
 Ciuman bahagia
 Hidangan untuk Datuk Yang Empat
 Tim membuat lauk pengantin, buat puding pulak...
 Kak Arah yang sanggup datang dari Dungun, Terengganu
 Anak Kak Arah, Isma dan anak-anak datang dari Sitiawan, Perak
 Sibuk nampak....
 Pengantin perempuan sedang menjemput pengantin lelaki
Cuaca dah mendung
Segak betul pengantin lelaki dari Chemor, Perak ini
 Selamat Datang Boss
 Minum apa tu Ain?
 Persembahan Silat Pulut
 Pengantin bersanding
 Mak Su sedang menyapkan Ain dengan pulut kuning
Keluarga Fadzil
 Jiran lama, Kak Noor datang dari Cyberjaya
 Mak Lang Kamariah datang dari Johor Bahru
 Ini siapa lak? Aku lupa nak tanya
 Sedang menjamu selera
Cemburu dengan pengantin agaknya
 Ada orang menempel sebelah Ain
 Time bungkus lauk
 Upacara memotong kek
 Anak-anak aku dah lapar, makan kek empat keping!
Selamat Pengantin Baru Ain dan Fadzil, moga kekal hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan dengan putera puteri yang ramai.