Semalam (22/10/2009) aku ke Teratak Bait Al - Amin lagi. Kehadiran aku pada hari semalam lebih kepada melihat akan bangunan baru untuk anak - anak perempuran (Asrama Putri - ASPURI) yang siap beberapa hari sebelum 1 Syawal yang lalu.
Ramai orang sekadar lalu sahaja di hadapan teratak ini tanpa mahu singgah untuk sedikit waktu
Bangunan baru untuk kediaman anak - anak perempuan Kelihatan cantik, lebih menarik di waktu malamDari sudut yang berasingan Melihat akan pejabat administrasi tempat Ayah Lan dan Abi menyiapkan kerja - kerja pentadbiranMungkin kerana masih baru, tahap keselamatan masih rendah. Tiada grill besi melindungi anak - anak sekiranya mereka membuka tingkat untuk menikmati udara segarTangga yang agak tinggi tanpa ada bumbung menyukarkan anak - anak untuk turun ke bawah sekiranya hari hujan Tiada pagar yang memisahkan bangunan dengan jalan kecil untuk ke penempatan di belakang Teratak Bait Al - Amin. Dikhuatiri akan ada orang yang tidak bertanggungjawab menceroboh ke asrama putri Sudut untuk beristirehat masih kekal di bawah pohon mangga yang lebat berbuah ketika ini. Semalam aku sempat menikmati sebiji mangga masak yang rasanya memang enakAku mohon kepada semua pengunjung blog ini agar dapat meluangkan sedikit masa untuk menziarahi anak - anak di Teratak Bait Al - Amin ini pada bila - bila masa dan ketika. Juga, kalian boleh memberikan apa - apa jenis sumbangan dan hiburan agar anak - anak di sini tidak merasa terasing.
Tak kiralah samada wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, kasut, beg sekolah, kaunseling, tusyen, kemudahan IT, ceramah agama, membawa anak - anak ini melancong dan sebagainya, itu semua adalah ibadah. Jika sesuatu ibadah itu ikhlas dan diterima Allah, maka ganjarannya tentulah berlipat kali ganti.
Kalian fikirkan sendiri......................................
No comments:
Post a Comment