Sunday 18 October 2009

Tahukah Anda??

SUMBANGAN KEPADA MUZIUM PENGANGKUTAN MELAKA

KTM Berhad telah menyumbangkan sebuah lokomotif lama kepada Projek Muzium Pengangkutan Malaysia di Melaka. Muzium Pengangkutan ini akan mempamerkan pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan semenjak Zaman Batu hinggalah ke Zaman Moden ini.

Memandangkan keretapi adalah salah satu cara pengangkutan darat yang terulung di Malaysia, maka Pengurusan KTM Berhad bersetuju untuk menyumbangkan sebuah lokomotif diesel lama No. 21111 dan sebuah koc lama BMV 10209 kepada Muzium berkenaan.

Walaupun lokomotif itu telah berumur lebih kurang 30 tahun manakala koc tersebut pula berumur 80 tahun tetapi keadaannya adalah sempurna setelah kerja-kerja baikpulih dilaksanakan oleh kakitangan Bahagian Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Sentul. Lokomotif dan koc terbabit telah dibawa ke Melaka pada 6 Februari 1994 dengan menggunakan kenderaan Low Loader.

Lokomotif dan koc ini telah ditempatkan di atas landasan yang dibina khas di tapak Muzium Pengangkutan Melaka. Kerja – kerja tapak termasuk pembinaan landasan khas sepanjang 60 meter itu telah disiapkan oleh KTMB dari Kumpulan Khas Gemas.

Adalah difahamkan, kewujudan muzium ini mempunyai objektif tiga serampang iaitu kandungan pameran yang sempurna, tarikan pelancong yang tersendiri dan bahan penyelidikan.


Pameran diadakan dalam empat bentuk iaitu diorama, replika, model dan bahan semula jadi. Bahan – bahan tersebut juga berdasarkan ketiga – tiga aspek sistem pengangkutan iaitu darat, air dan udara.


Lokomotif 21111 'SUNGAI LUKUT'
Koc lama

No comments:

Post a Comment