Sunday, 18 October 2009

Tranmere Rovers..2 Brighton..1

Misteri kekalahan pasukan Brighton di Merseyside berterusan awal pagi tadi apabila kunjungan ke Tranmere Rovers berakhir dengan kekalahan 1 - 2. Sehingga kini, Brighton masih lagi tercari - cari kemenangan pertama di sini sejak 33 tahun yang lalu.

Brighton hanya membuat satu perubahan dalam kesebelasan utama dengan Gary Hart turun ke padang menggantikan Nicky Forster yang tercedera. Sementara itu, Alan Navvaro kembali tersenarai sebagai pemain simpanan.

Glenn Murray menjaringkan gol tunggal Brighton pada minit ke-78 menerusi sepakan penalti setelah beliau dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Tranmere, David Martin.

Glenn Murray terjatuh akibat kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan Tranmere
Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Brighton bermain dengan 10 pemain setelah Murray dibuang padang kerana mendapat kad kuningnya yang kedua.

Kedudukan Brighton dalam liga turun dua anak tangga ke tempat ke-19.

Seramai 5,250 orang penonton telah datang ke Prenton Park ,Tranmere untuk menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Hoyte, Virgo, Elphick, McNulty (Wright 27); Bennett, Crofts, Dicker, Thornhill (Cox 46); Murray, Hart (Dickinson 81). Pemain simpanan yang lain: G Smith (GK), Tunnicliffe, Navarro, A Davies.

No comments:

Post a Comment