Monday, 22 March 2010

Sukya 2010 - Hari Keempat Di Kuala Terengganu

Hari keempat di Kuala Terengganu bermula dengan agak suram. Cuaca agak mendung menyelubungi persekitaran Gong Badak. Sungguhpun begitu, semangat membara anak - anak Bait Al - Amin tidak luntur. Sejak awal lagi mereka dah bersedia untuk berjuang dalam acara masing - masing.
Awan mendung di langit
Mendung tak beerti hujan.
Sepanjang perjalanan menuju ke stadium, belum banyak kenderaan yang kelihatan.
Sungguh indah stadium ini dilihat pada waktu pagi.
Setiausaha Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin Bait Al - Amin sedang memberi panduan kepada anak - anak sebelum pertandingan bermula.
Pertandingan sedang berlangsung.
Wira - wira Bait Al - Amin sedang bertarung.
Inilah wajah wira - wira Bait Al - Amin. Tahniah di atas kejayaan kalian.
Bergambar di hadapan Masjid Kristal.
Pada sebelah malamnya, anak - anak dibawa ke Majlis Makan Malam Kesenian di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Sedang menanti masa untuk makan.
Bila nak makan? Kami dah lapar nie.....
Sebelum boleh menjamu selera, anak - anak terpaksa berebut - rebut untuk mendapatkan makanan. Kesian.....
Antara acara persembahan pada malam tersebut.
Oleh kerana terlalu letih, ada anak - anak yang tertidur di meja makan.
Kami pulang ke asrama penginapan lebih kurang jam 11 malam.

No comments:

Post a Comment