Friday, 26 March 2010

Ujian DMU Di Sabah

Di atas adalah notis pemberitahuan tentang ujian penerimaan lokomotif dan dmu yang baru untuk Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Aku turut bangga dengan pemodenan keretapi di Sabah dan berharap agar projek - projek penyambungan rel yang dirancang lambat laun akan terlaksana jua akhirnya.

Dengan adanya perkhidmatan keretapi yang moden kelak, para penduduk sekitar Keningau mudah berkunjung ke Sepitang, orang di Melalap pula boleh membeli belah di Tanjung Aru atau Kota Kinabalu, para pelancong yang ingin ke Pusat Kebudayaan Murut di Tenom boleh terus ke sana dengan menaiki keretapi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Good Luck Sabah State Railway Department!

No comments:

Post a Comment