Monday, 22 March 2010

Sukya 2010 - Hari Kelima Di Kuala Terengganu

Kenangan di Batu Burok menghiasi ruang fikiran aku sewaktu berkunjung ke sana untuk menyaksikan perlawanan bolasepak pantai. Cuaca mendung diikuti dengan hujan lebat, membawa aku kembali mengimbau kenangan masa silam....
Pasukan bolasepak pantai negeri Perak menduduki tempat ketiga kategori sekolah menengah
Milo percuma sumbangan dari Nestle.
Selepas menyaksikan perlawanan bolasepak, anak - anak Bait Al - Amin dibawa bersiar - siar di sekitar Kuala Terengganu.
Bukit Puteri.
Pasar Besar Kedai Payang yang lebih dikenali dengan nama Pasar Payang.
Buah keranji yang jarang kedapatan di tempat lain.
Suasana dalam pasar basah.
Barang keperluan harian yang ada dijual di sini termasuk budu, emping dan keropok.
Bila dah lapar, aku makan mee kari dan nasi goreng kampung.
Singgah di salah sebuah kilang membuat keropok lekor di Losong.
Pada sebelah malamnya pula, anak - anak berhimpun bersama - sama dengan lain - lain peserta untuk upacara penutup Sukya KeVII Terengganu 2010.

Sukya seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2012. Jumpa di sana.

No comments:

Post a Comment