Friday 9 July 2010

Gerabak BCF

Gerabak BCF. BCF bermaksud Bogie Container Flat. Ianya berfungsi untuk membawa kontena sahaja.

Sejumlah 500 unit Gerabak BCF bernilai Rm62.9 juta dibina dan dibekalkan oleh MMC Engineering Services Sdn Bhd. Pembelian gerabak BCF ini adalah sebahagian daripada program pembangunan dan pemodenan Jabatan Perkhidmatan Barang KTMB.

1 comment:

  1. BCF Baru dikilangkan oleh MMC Metal Industries Sendirian Berhad. 500 BCF Baru yang disebutkan di atas merangkumi 400 BCF 23 Kelas (BCF 23001 - BCF 23400) dan 100 BCF 24 Kelas (BCF 24001 - BCF 24100). BCF Baru Kelas 23 mempunyai panjang maksima Kontena 40 Kaki. Manakala Kelas 24 mampu mengangkut Kontena 45 Kaki. BCF-BCF tersebut dikilangkan pada tahun 1996/1997.

    Pada tahun 2002, KTM Berhad telah menempah 195 BCF Baru Kelas 23 (BCF 23401 - BCF 23595) dan 55 BRF (Bogie Reefer Flat) ~ masing-masing butan MMC Metal Industries sendiri dan Industri Kereta Api Indonesia (INKA Indonesia). Ketibaan kelompok terakhir BCF Baru ialah pada Januari 2003 di Stesen Lama Kuala Lumpur. Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Tun Doktor Ling Liong Sik, Pengerusi KTMB, Tan Sri Thong Yaw Hong, dan Pengarah Urusan KTM Berhad, Dato' Haji Muhammad Salleh bin Abdullah.

    Sebagai langkah tambahan untuk Trafik Kontena Peti Sejuk Beku (Reefer and Refrigated Containers), KTMB membeli 2 Buah PGC (6 Unit) dari INKA Indonesia. PGC 223 dan PGC 224 asalnya dibeli bertujuan untuk Trafik Kontena Peti Sejuk Beku. Namun kini digunakan dalam menjana kuasa bekalan elektrik untuk Tren Antarabandar.

    Pada tahun 2006, sebanyak 140 Buah (280 Unit) Rangka Bawah Gerabak Lama yang merangkumi BFW, BLW, dan BTO telah diubah suai menjadi BCF. BCF-BCF ini dikenali sebagai BCF Kelas 18. Pada tahun 2000, KTM Berhad bertindak mengubah suai sejumlah Rangka Bawah BTO, BTL, dan BLW menjadi BCF Kelas 18 di Depoh Prai. Dalam dekad 1990-an, sejumlah Bogie Pallet Wagon (BPW) buatan British Rail Engineering diubah suai menjadi BCF Kelas 145 (BCF 145xx).

    Seingatan saya, BCF 140xx pada asalnya ialah Rangka Bawah Gerabak Lama seperti BFL yang diubah suai pada pertengahan dekad 1970-an. Sama macam CF yang diubah suai daripada pelbagai Rangka Bawah Gerabak 4 Roda Lama macam TO, TL, TP, dan FL yang menjadi CF 12xxx (CF 120xx, CF 121xx, CF 122xx, CF 123xx).

    BCF-BCF Lama (BCF Kelas 14) setahu saya yang dibeli oleh KTM dari dua buah syarikat saja. Satu INKA Indonesia, satu lagi UMW Engineering Sendirian Berhad. BCF INKA Indonesia ada yang dikilangkan pada tahun 1983, ada dalam tahun 1990. Manakala BCF UMW Engineering pulak dikilangkan dalam tahun 1990! Jenis Brek bagi BCF UMW ialah Dwi-Brek, Angin pun ada, Vakum pun ada.... :D :D :D

    Kini, terdapat banyak BCF Lama, baik BCF Kelas 14, mahupun BCF Kelas 18 dipasang dengan Brek Udara Mampatan! Sebelum saya tengok cuma Berbrek Udara Mampatan hanyalah APMC/Blue Circle/Lafarge saja.

    BLC jugak merupakan antara Gerabak Rangka Bawah yang cukup unik dan istimewa dalam KTM Berhad. Setahu saya, BLC-BLC ini diubah suai daripada BLW. Apa yang istimewanya mengenai BLC? BLC boleh mengangkut dua komoditi dalam setahun! BLC ada musim 'ON-OFF'nya yang tersendiri! Bila Musim 'ON', Galang (Bolster) dan Rantai (Chain) akan dipasang lalu Kayu Balak dan Hasil Kayu-Kayan (Timber Products) seperti Kayu Gergaji (Sawn Timber) dan Papan Lapis (Plywood) diangkut! Bila Musim 'OFF', Kontena Perkapalan akan diangkut. BLC-BLC ini menggunakan nombor BLC 30xxx. Ada jugak BLC-BLC yang dipasang dengan Tangki Diesel untuk Trafik Minyak Diesel Exxon Mobil ke Tasek (409 Turun dan 410 Naik) selain digunakan untuk mengangkut Muatan Campuran yang lain seperti Simen Pukal dan Kampit, Batu Bata, Gula Kampit, dan sebagainya!!!

    ILAHI Maha Mengerti.

    ReplyDelete