Sunday 6 March 2011

Brighton..4 Carlisle United..3

Brighton mencatat kemenangan 4-3 di Stadium Withdean dalam perlawanan Liga 1 nPower malam tadi.

Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap skuad yang menang 1-0 di Yeovil dalam perlawanan pertengahan minggu, dengan Craig Noone dan Tommy Elphick kembali tersenarai dalam kesebelasan utama.

Noone mengambil tempat Chris Wood - yang kembali ke bangku simpanan - manakala Elphick mengisi tempat Adam El-Abd, yang menjalani penggantungan dua perlawanan setelah mengutip 10 kad kuning sepanjang musim ini.

Radostin Kishishev juga tersenarai sebagai pemain simpanan buat kali pertama sejak Januari 2011.

Carlise memulakan jaringan menerusi Tom Taiwo pada minit ke-3 perlawanan. Glenn Murray menyamakan kedudukan buat Brighton pada minit ke-22. Ashley Barnes menambah gol buat Brighton pada minit ke-53. Carlisle menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi Ben Marshall. Ashley Barnes menjaringkan gol pada minit ke-63 untuk menjadikan kedudukan 3-2 memihak kepada Brighton. Harry Arter menyamakan kedudukan buat Carlisle pada minit ke 91 sebelum Tim Bridcutt menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93.

Dengan kemenangan ini, Brighton kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 65 mata daripada 32 perlawanan. Bournemouth mengekori di tangga kedua dengan mengumpul 61 mata daripada 34 perlawanan.

Perlawanan seterusnya buat Brighton adalah pada 8 Mac 2011 menentang Brentford di Griffin Park, Brentford.

Brighton: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, Greer, Painter; Bennett, Bridcutt, Dicker, Noone (Wood 58); Barnes (Sandaza 90), Murray (Kishishev 70). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Taricco, Dunk, Sparrow.

Penonton:
7466

No comments:

Post a Comment