Wednesday 3 August 2011

Naik Keretapi Dari Tanjung Aru Ke Beaufort

Kerja .... kerja gak. Masa yang ada terluang aku guna untuk naik keretapi. Bukan mudah nak dapat peluang begini, jadi kesempatan yang ada harus diguna dengan sebaik mungkin.

Stesen Keretapi Tanjung Aru terletak kira-kira 10 minit dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Dari hotel penginapan, aku menaiki bas transit ke perhentian bas yang dikenali sebagai Terminal Wawasan. Tambangnya cuma 50 sen aje. Dari Terminal Wawasan ke Tanjung Aru, aku menaiki van (yang dipanggil bas) dengan kadar tambang RM1.50 bagi perjalanan sehala.

Stesen Keretapi Tanjung Aru terletak berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Jalan masuk menuju ke stesen keretapi
Nama jalan
Senarai terkini stesen keretapi
Sekitar Stesen Tanjung Aru
Tren DMU yang aku naiki
Platform Stesen Tanjung Aru
Stesen Putatan
Stesen Kinarut
Stesen Kawang
Stesen Papar
Turntable baru yang terdapat di Stesen Papar
Stesen Kimanis
Stesen Bongawan
Stesen Membakut
Stesen Beaufort
Keretapi tiba di Beaufort pada jam 1530H. Pada ketika itu, ramai penumpang sedang menanti ketibaan tren terakhir menuju ke Halogilat. Sementara menunggu keretapi berlepas balik ke Tanjung Aru pada jam 1700H, aku menghabiskan masa melawat sekitar kawasan stesen dan depoh bersama En. Ahmad, Penyelia Depot Beaufort. Perihal semasa lawatan itu akan aku ceritakan kemudian....

2 comments:

  1. Salam tuan, saya nak tanya
    Daripada stesen kereta api Beaufort, jauh tak jarak ke Kampung Kabajang? Apa pengangkutan yg ada?

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh, tolong berikan printscreen jarak dlm map daripada stesen kereta api Beaufort ke kampung kabajang tu.. terima kasih
    :)

    ReplyDelete