Sunday 12 February 2012

Brighton..1 Leicester City..0

Semangat membara dengan mencatat keputusan tanpa kalah telah dibawa bersama dalam perlawanan menentang Leicester City di Stadium Amex di mana Brighton menang 1 - 0 hasil jaringan Will Buckley pada minit ke-90.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan kerana sepanjang perlawanan, anak-anak buah Gus Poyet yang lebih banyak menyerang berbanding pasukan Leicester, tetapi nasib tidak menyebelahi 'The Seagull' untuk menghasilkan banyak gol.

Dalam perlawanan ini, Gus Poyet telah menamakan barisan pemain yang sama sewaktu memulakan perlawanan ketika seri 1 - 1 di Crystal Palace dalam perlawanan pertengahan minggu.

Pertukaran hanya melibatkan pemain-pemain simpanan dengan Joe Mattock dan Vicente Rodriguez disenaraikan untuk mengambil tempat Romain Vincelot dan Torbjorn Agdestein.


Kehadiran 20,223 orang peminat bolasepak di Stadium Amex dengan 2,323 daripadanya adalah penyokong setia pasukan Leicester City, secara tidak langsung menunjukkan peminat di Brighton dan kawasan persekitaran telah mula menyokong pasukan kecil ini. Peningkatan jumlah penonton di Amex dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain telah menaikkan lagi semangat juang pemain-pemain Brighton.


Dengan kemenangan ini, Brighton naik satu anak tangga ke tempat kesepuluh dalam Liga Kejuaraan nPower dengan mengutip 45 mata daripada 29 perlawanan. Kekal mendahului liga adalah West Ham United (56 mata), Southampton (52 mata) dan Cardiff City (50 mata).


Perlawanan seterusnya adalah menentang Leeds United di Ellands Road pada hari Sabtu, 11 Februari 2012.


SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan (GK); Inigo Calderon, Gordon Greer, Lewis Dunk, Adam El-Abd (Joe Mattock 63); Matthew Sparrow, Alan Navarro (Sam Vokes 63), Liam Bridcutt; Will Buckley, Craig Mackail-Smith (Rodriguez Vicente 70), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Jake Forster-Caskey.

Leicester City: (4-3-3) Kasper Schmeichel (GK); Lee Peltier, Matt Mills, Sean St. Ledger, Paul Konchesky (Wes Morgan 59); Daniel Drinkwater, Neil Danns, Richie Wellens (Ben Marshall 67); Lloyd Dyer, David Nugent (Nathan Delfouneso 77), Jermaine Beckford. Pemain simpanan yang lain: Conrad Logan (GK), Paul Gallagher.

No comments:

Post a Comment