Sunday 12 February 2012

Gulungan Telur

Ini ada satu resepi baru yang aku belajar di Pulau Havelock. Ianya dipanggil ‘Egg Rolls’ atau Gulungan Telur.

Bahan-bahannya mudah aje iaitu tepung gandum (atau boleh guna kulit popiah aje), sedikit air, sedikit minyak, telur ayam, ayam atau daging atau kambing atau ikan, cili padi, cili besar, bawang besar, sedikit limau nipis atau lemon, lada sulah, serbuk ketumbar, daun sup, daun bawang, sos cili, sos tomato, mayonese dan apa-apa ajelah yang kalian nak campurkan.

Memula sekali panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Selapiskan bancuhan tepung gandum macam kita buat lempeng atau orang Kedah panggil tepek. Kemudian letakkan pula telur yang telah dipukul, macam buat telur dadar tu. Angkat dan susun sebab lepas ini kita akan letakkan intinya pula.

Macam yang dah aku tulis tadi, intinya boleh dibuat daripada ayam, daging, kambing atau ikan… buat macam inti karipap atau kebab. Taburkan hirisan bawang besar, cili api dan cili besar. Tambah sedikit serbuk lada sulah dan serbuk ketumbar. Tuang sos cili, sos tomato dan mayonese. Akhir sekali taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Kemudian Gulungan Telur  ini siap untuk disajikan.

Berpandukan kepada gambar di bawah, aku rasa kalian tak punya banyak masalah untuk menyediakannya.
 
 

Selamat Menchoba…..

No comments:

Post a Comment