Sunday 12 February 2012

Leeds United..1 Brighton..2

Mmmmmmm... menang dengan satu lagi gol lewat permainan. Aku rasa musim ni dah banyak perlawanan yang dimenangi oleh pasukan Brighton dengan gol kemenangan dijaringkan dalam masa kecederaan.

Inilah yang berlaku sekali lagi di Elland Road, Leeds malam tadi. Gol pada minit ke-91 oleh Alan Navarro membolehkan Brighton menang 2-1 dan mencatat kemenangan pertama di sini sejak tahun 1985!

Gus Poyet membuat empat pertukaran pemain berbanding senarai yang diturunkan sewaktu menang 1-0 ke atas Leicester City  minggu lepas, dengan Joe Mattock dan Sam Vokes membuat penampilan pertama bersama Brighton.

Vokes menggantikan Craig Mackail-Smith yang hanya diletakkan sebagai pemain simpanan, sementara Mattock diturunkan sebagai pemain pertahanan kiri dengan Adam El-Abd digerakkan sebagai pertahanan tengah; Lewis Dunk terlepas peluang untuk  diturunkan gara-gara mengalami demam sepanjang minggu ini.

Kazenga LuaLua pula mengambil tempat Matt Sparrow, yang menjalani penggantungan tiga perlawanan ekoran dibuang padang sewaktu menentang Leicester, sementara Gonzalo Jara Reyes memulakan perlawanan di posisi pertahanan kanan, dengan Inigo  Calderon tersenarai sebagai pemain simpanan.

Dalam perkembangan lain, pemain sayap Craig Noone sudah sembuh dari kecederaan yang dialami sewaktu menentang Coventry City pada malam Tahun Baru dan dinamakan sebagai pemain simpanan.

Setelah separuh masa berakhir dengan seri 0-0, separuh masa kedua dilihat masa yang sesuai untuk mencari gol. Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan dari segenap penjuru padang, namun penjaga gol cekap menyelamatkan pintu gol masing-masing.
 
Walau bagaimanapun, Brighton yang mendapat gol pertama pada minit ke-77 menerusi Craig Mackail-Smith. Dua minit kemudian Leeds United menyamakan kedudukan menerusi tandukan Luciano Becchio melalui sepakan sudut. Gol kemenangan yang dicari oleh kedua-dua pasukan akhirnya hadir buat Brighton menerusi Alan Navarro.

Gol kemenangan oleh Alan Navarro
Dengan kemenangan ini, Brighton sekarang menduduki tangga kelapan dalam Liga Kejuaraan, naik dua anak tangga berbanding minggu lalu. West Ham United (56 mata) kekal sebagai pendahulu liga diikuti rapat Southampton (55 mata)dan Birmingham City (50 mata). Cardiff City (50 mata) pula turun ke tangga keempat dipisahkan hanya kerana perbezaan jaringan gol.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 14 februari 2012 menentang Millwall di Stadium Amex sebelum bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool dalam saingan Pusingan Kelima Piala FA England pada hari Ahad, 19 Februari 2012.

Leeds United: (4-4-2) Andy Lonergan, Adam Smith, Darren O'Dea, Tom Lees, Danny Pugh; Robert Snodgrass, Fabian Delph, Adam Clayton, Aidan White; Ross McCormack, Luciano Becchio. Pemain simpanan yang lain: Maik Taylor (GK), Alex Bruce, Micheal Brown, Andros Townsend, Ramon Nunez.

Albion: (4-4-2) Peter Brezovan, Gonzalo Jara Reyes, adam El-Abd, Gordon Greer, Joe Mattock; Will Buckley (Craig Noone 46), Liam Bridcutt, Alan Navarro, Kazenga LuaLua (Rodriguez Vicente 62);  Ashley Barnes, Sam Vokes (craig Mackail-Smith 74). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Inigo Calderon.

Pemain Brighton merayakan kemenangan di Elland Road

No comments:

Post a Comment