Friday 6 April 2012

Brighton..1 Middlesbrough..1


Brighton seri 1-1 dalam perlawanan yang melibatkan satu lagi kelab calon untuk bermain dalam ‘play-off’, Middlesbrough di Stadium Amex malam tadi (Sabtu, 31 Mac 2012), tetapi kekal di tangga kelima dalam carta kedudukan nPower Liga Kejuaraan.

Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 1-1 ketika bertandang ke Nottingham Forest, pada hari Sabtu lepas, di mana menyenaraikan semula Will Buckley.

Pemain sayap yang lincah itu diketepikan dalam dua perlawanan terdahulu kerana demam dan mengambil tempat Kazenga LuaLua.

Di bahagian pertahanan, Adam El-Abd juga telah sembuh dari demam dan menggantikan Lewis Dunk di posisi pertengahan tengah.

Sementara itu, Gary Dicker disenaraikan sebagai pemain simpanan buat pertama kali sejak mengalami patah kaki pada bulan Oktober lepas.

Kedua-dua pasukan telah menghidangkan permainan yang menghiburkan 20,553 orang penonton yang membanjiri stadium sejak dari awal pagi lagi. Pertahanan kental kedua-dua pasukan menyelamatkan pintu gol masing-masing dari ditembusi pada separuh masa kedua.

Middlesbrough mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pada minit ke-61 menerusi jaringan sendiri Liam Bridcutt, yang tertampan sepakan sudut oleh Barry Robson. Walau bagaimanapun, Inigo Calderon menyamakan kedudukan pada minit ke-73 melalui satu tandukan ‘terbang’ hasil hantaran Kazenga LuaLua.

Dengan keputusan ini, Brighton kekal di tangga kelima liga dengan mengutip 63 mata daripada 40 perlawanan. Southampton masih mendahului Liga Kejuaraan ini dengan mengutip 78 mata daripada 40 perlawanan diikuti Reading dan West Ham United.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Burnley di Turf Moor, Burnley pada hari Jumaat, 6 April 2012.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-5-1) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Adam El-Abd, Gordon Greer, Joe Mattock; Will Buckley (Kazenga LuaLua, 70), Liam Bridcutt, Alan Navarro, Rodriguez Vicente, Ashley Barnes (Craig Mackail-Smith, 70); Sam Vokes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Gary Dicker, Romain Vincelot.

Middlesbrough: (4-4-2) Jason Steele; Justin Hoyte, Stephen McManus, Seb Hines, Joe Bennett; Richard Smallwood, Julio Arca, Barry Robson, Nicky Bailey; Marvin Emnes (Scott McDonald 70), Lukas Jutkiewicz (Bart Ogbeche 84). Pemain simpanan yang lain: Tony McMahon, Adam Hammill, Kevin Thomson.

No comments:

Post a Comment