Sunday 9 June 2013

Pening oh Pening

Dalam aku meneruskan kajian tentang jumlah stesen dan perhentian keretapi yang pernah ada di sepanjang landasan dari Padang Besar ke Singapura dan dari Gemas ke Tumpat, aku telah berdepan dengan beberapa penemuan baru.

Dari berbagai jenis akhbar dan majalah serta laporan yang dikeluarkan, rupanya masih banyak stesen dan perhentian keretapi yang tiada dalam senarai yang aku simpan.

Antara stesen dan perhentian yang baru aku temui adalah Stesen Bukit Kota yang dibuka pada 15 November 1923, Perhentian Sungei Pulau, Perhentian Sungei Serdang, Perhentian Naga, Perhentian Jalan Banjar dan Perhentian Belengo. 

Malangnya tiada maklumat tentang lokasi atau negeri di mana terletaknya stesen atau perhentian tersebut.

Pada masa yang sama aku mendapati bahawa nama Stesen Kreh telah ditukar menjadi Stesen Tassek Glugor pada 1 Ogos 1924.

Bagi yang belum mengetahui lokasi sebenar beberapa buah stesen atau perhentian lama, berikut aku kongsi bersama kalian lokasinya.
a. Stesen Bukit Brombong terletak di T/T 361/5 Landasan Ibu. (Merupakan sebuah stesen kemudian menjadi perhentian dan seterusnya sebagai sebuah sisian sebelum ditutup pada 10 Mac 1930).
b. Perhentian Gambir terletak di T/T 449/13 Landasan Ibu. (Ditutup pada 5 November 1940).
c. Perhentian Sengkang terletak di T/T 449/21 Landasan Ibu. (Dibuka pada 5 November 1940).
d. Perhentian Siput. (Terletak di antara Stesen Sirusa dan Bagan Pinang dalam Landasan Cawangan Port Dickson).
e. Stesen Pulau Tiga. (Terletak di antara Stesen Sungai Petani dan Sungai Lallang dalam Landasan Cawangan Kedah).
f. Perhentian Palong. (Terletak di antara Perhentian Londah dan Stesen Rompin dalam Landasan Cawangan Pantai Timur).
g. Perhentian Chanih. (Terletak di antara Stesen Pahi dan Krai dalam Landasan cawangan Pantai Timur).

Ada banyak lagi perkara atau lebih tepat lagi maklumat penting aku perolehi samada secara sengaja atau tidak sengaja semasa aku membelek akhbar, majalah atau laporan lama di perpustakaan atau arkib atau sewaktu melayari internet.

Oleh kerana terlampau lama menyemak atau memerhati tanpa ada ruang untuk berehat, maka mata pun rasa pedih. Bila mata dah rasa pedih, kepala pula jadi pening.....

Aduh mak, pening oh pening........

2 comments:

  1. salam sdra...
    terima kasih atas maklumat terbaru ini... tahniah atas usaha keras anda n teruskan mengkaji

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perhatian anda. Akan saya teruskan usaha ini untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete