Bermula 7 Februari 2014, Stesen Keretapi Batang Melaka, Melaka telah beroperasi semula bagi mengambil dan menurunkan penumpang bagi perkhidmatan Tren Ekspres Sinaran Selatan, laluan Sentral Kuala Lumpur - Woodlands - Sentral Kuala Lumpur.
Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan keretapi menuju ke Selatan dari Stesen Batang Melaka boleh berbuat demikian dengan menaiki Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13 yang berlepas pada jam 11.00 pagi. Manakala bagi penumpang yang ingin menuju ke Utara dari Stesen Batang Melaka bolehlah menaiki Tren Ekspres Sinaran Selatan No. 12 yang berlepas pada jam 7.17 malam.
Diharapkan agar tiada lagi rungutan yang kedengaran berhubung dengan kegagalan pihak KTMB menyediakan perkhidmatan tren di sini.
Cuma yang aku sedikit bimbang adalah sambutan daripada penduduk sekitar Batang Melaka dalam memberikan sokongan kepada perkhidmatan ini. Jangan hanya memberi sokongan pada sebulan dua sahaja kemudian terus tinggal.
Harap-harap pihak KTMB tidak menutup stesen ini sekiranya penjualan tiket antarabandar tidak begitu laris. Buatlah sesuatu agar ramai pendudukan sekitar Batang Melaka kembali menaiki keretapi seperti sebelum ianya ditutup sementara pada Mei 2012.
No comments:
Post a Comment