Thursday 6 March 2014

Kisah Di Bandar Kluang

Bandar Kluang adalah sebuah bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dari Gemas ke Johor Bahru (jika menaiki keretapi).

Bandar Kluang ini terletak 120 km ke utara Johor Bahru. Sebagai bandar keempat terbesar di Negeri Johor, Kluang adalah merupakan pintu laluan masuk ke kawasan tengah Johor. Bandar Kluang yang dahulunya hanya sebuah penempatan kecil kini ia telah bertukar wajah. 

Setelah turun dari tren, aku pun mencari tempat persinggahan, sekadar untuk berehat dan mandi kerana akan balik semula ke Kuala Lumpur jam 2.00 pagi nanti.

Cari punya cari, jumlah sebuah hotel, iaitu Hotel Ria. Tak jauh dari Stesen Keretapi Kluang. Malangnya, semua bilik dah penuh. Kata pekerja hotel tersebut, terdapat sebuah hotel di sebelah belakang yang mungkin kosong.
Aku pun berjalan kaki sambil meneguk air mineral yang baru dibeli tadi. Akhirnya ternampaklah akan aku sebuah hotel yang bernama Hotel Regal. Bolehlah...

Selesai berurusan di kaunter Hotel Regal, aku masuk bilik untuk meletakkan beg dan beredar semula untuk mencari makan tengahari. Pilihan aku adalah ....
 
Pada pengamatan aku, restoran ini tak macam restoran mamak yang lain yang pernah aku pergi sebelum ini. Sebabnya menu yang disediakan di restoran ini lebih macam menu ala-ala kampung.

Lepas makan aku balik semula ke hotel....
Setelah berehat seketika dan cuaca tidak lagi panas, aku kembali ke Stesen Keretapi Kluang. Tujuannya adalah untuk menikmati minum petang berupa kopi dan roti bakar di Kluang Rail Coffee yang terkenal di Kluang ini.
Setelah itu, aku pun menyusuri sekitar Pekan Kluang.
 
 
 
Hampir Maghrib, aku pulang semula ke hotel.
 
  
Menjelang tengah malam, aku pun 'check-out' dan mencari makan malam pula.

Tepat jam 2.15 pagi, keretapi pun tiba. Aku terus naik dan dengan tidak membuang masa, melelapkan mata sehingga keretapi hampir sampai di Salak Selatan.

Terima kasih Bandar Kluang. Banyak pengalaman yang aku perolehi di sini. Ada masa akan aku datang lagi.

1 comment:

  1. Dh lame x nek ketapi sejak abes blaja

    ReplyDelete