Tidak banyak yang kita ketahui tentang sejarah sesebuah stesen atau perhentian keretapi itu diwujudkan pada zaman dahulu.
Salah sebuah perhentian yang dimaksudkan adalah Perhentian Chembong atau Chembong Halt.
Peta tahun 1960 yang menunjukkan lokasi Perhentian Chembong
Perhentian ini terletak di Tiang Telegrap Nombor 301/2. Stesen Pedas adalah jirannya di utara manakala jirannya di sebelah selatan adalah Stesen Rembau.
Jika dilihat pada kedudukan tiang telegraf itu, jarak perhentian ini dengan Stesen Perai di utara (permulaan jalan ibu) adalah sejauh 301 batu.
Saya tidak mempunyai rekod atau tarikh perhentian ini dibuka atau ditutup. Saya juga tidak mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.
Hanya yang saya ketahui adalah wujudnya perhentian ini adalah kerana terdapat sebuah kuarters untuk pekerja landasan (geng line) di situ. Oleh kerana tren campur selalu berhenti di kuarters tersebut untuk menurunkan tong-tong berisi air bersih dan mengambil semula tong-tong yang kosong, akhirnya satu keputusan diambil untuk membina sebuah perhentian bagi memudahkan orang-orang kampung naik dan turun keretapi. Pada masa itu, jalanraya tidaklah secantik jalanraya yang ada pada hari ini.
Jika kalian ada cerita menarik tentang perhentian ini atau mana-mana perhentian atau stesen yang lain, boleh kongsi di sini untuk pengetahuan kita semua.
Perhentian Chembong atau Chembong Halt (gambar dari FB Kelab Peminat Keretapi Malaysia)
No comments:
Post a Comment