Tuesday, 1 September 2020

Signboard Stesen Dan Perhentian

Oleh kerana susunan signboard stesen dan perhentian keretapi yang pernah saya siarkan sebelum ini agak tidak tersusun serta penemuan beberapa signboard yang baru, saya akan siarkan semula gambar-gambar signboard stesen-stesen dan perhentian-perhentian yang ada di dalam jajaran KTMB mengikut kedudukannya yang sebenarnya seperti yang ada di dalam peta.

Saya akan cuba menyiarkan gambar-gambar signboard yang belum pernah saya siarkan walaupun nama stesen atau perhentian itu adalah sama.

Terdapat berbagai bentuk, saiz dan warna yang digunakan untuk signboard-signboard ini semata-mata untuk kesenangan para penumpang tempatan mahupun luar negara mengetahui nama sesebuah tempat.

Kita tunggu hantaran akan datang





No comments:

Post a Comment