Tuesday 1 September 2020

Persahabatan: Brighton & Hove Albion..1 Chelsea..1

Musim baru bolasepak di England sudah semakin hampir. Kelab-kelab telah mula sibuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi menguji kekuatan masing-masing.

Tidak ketinggalan buat pasukan Brighton & Hove Albion yang telah melayan pasukan Chelsea di Stadium Falmer (Stadium Amex) baru-baru ini.

Peminat-peminat bolasepak kembali ke Stadium Amex selepas hampir enam bulan dihalang memasuki stadium akibat Covid-19.

Selepas mendapat kebenaran daripada Kerajaan Britian, Brighton & Hove Albion menyedian 2,500 tiket untuk penyokong tempatan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan pra-musim 2020/21.

Gambar oleh Getty Images

Timo Werner membuka jaringan seawal minit keempat untuk pasukan Chelsea sebelum Pascal Gross menyamakan kedudukan 1-1 pada penghujung perlawanan.

Senarai pemain Brighton & Hove Albion yang diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea

Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1 - 1.

Petikan perlawanan Brighton & Hove Albion lwn Chelsea

No comments:

Post a Comment