Wednesday, 24 February 2010

Charlton Athletic..1 Brighton..2

Tiga mata berharga dapat dipungut oleh pasukan Brighton dalam kunjungan ke The Valley apabila menumpaskan pasukan tuan rumah Charlton Athletic 2 - 1 dalam perlawanan Liga Coca Cola Bahagian Satu yang berlangsung pada 23 Feb yang lalu.

Gol pasukan Brighton adalah hasil jaringan Inigo Calderon (minit ke-36) dan Elliott Bennett (minit ke-78).

Pengurus pasukan, Gus Poyet telah membuat dua pertukaran daripada kesebelasan utama yang seri 1 - 1 ketika menentang Leeds United pada hari Sabtu lepas.

Nicky Forster kembali menguatkan jentera serangan, menggantikan Glenn Murray yang mengalami demam. Adam El-Abd juga bermain buat pertama kali sejak mengalami kecederaan pada bulan Disember, menggantikan Adam Virgo yang digantung perlawanan di bahagian pertahanan.

Sementara itu, pemain muda Steve Cook disenaraikan sebagai pemain simpanan buat pertama kalinya musim ini, dan Jimmy McNutty turut tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 17,508 penonton melihat pasukan Charlton rebah di gelanggang sendiri. Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke 18 liga dengan memungut 34 mata daripada 32 perlawanan.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker, LuaLua (Hart 71); Forster Holroyd 57). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), McNulty, Cook, Carole, Hoyte.

Sunday, 21 February 2010

Leeds United..1 Brighton..1

Harapan Brighton untuk mengejutkan pasukan Leeds United di Ellands Road musnah apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol penyamaan dalam minit terakhir masa kecederaan.

Dalam perlawanan yang menarik semalam, Glenn Murray memberikan gol buat Brighton melalui sepakan penalti dalam minit ke - 77. Sungguhpun begitu, pemain pertahanan Adam Virgo telah dilayangkan kad merah pada minit ke - 80.

Gus Poyet membuat dua perubahan daripada kesebelasan utama yang tewas kepada Norwich City minggu lepas, dengan menurunkan Peter Brezovan menggantikan Michel Kuipers sebagai penjaga gol. Gary Dickers juga diturunkan bagi menguatkan jentera di bahagian tengah, dengan Chris Holroyd kembali ke bangku pemain simpanan.

Sementara itu, Nicky Forsters tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 24,120 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini.

Walaupun mencatat keputusan seri dan memungut satu mata, kedudukan Brighton dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu ini terus merosot. Kini Brighton menduduki tangga ke 22 dengan mengutip 31 mata dan berada dalam bahaya untuk diturunkan ke Liga Coca Cola Bahagian Dua musim akan datang.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, Elphick, Virgo, Painter; Bennett (Hart 56), Dicker, Crofts, Navarro, LuaLua (El-Abd 82); Murray. Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Forster, Carole, Hoyte, Holroyd.

Saturday, 20 February 2010

Sambutan Maulidur Rasul (s.a.w.) Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2010M

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul (s.a.w.) Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2010M pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 26 Februari 2010 (Jumaat) / 12 Rabiul Awal 1431H
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Masjid Putra, Putrajaya.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk hadir. Bawa keluarga bersama - sama bagi menghayati majlis.

Info Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t.

Maksudnya

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).

Sabda Rasulullah SAW:

(Hukum Zakat, Dr. Yusuf Qardawi, m/s 75)

Maksudnya

"Saya mengarahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat."

Dipetik daripada PPZ MAIWP

Jika Wanita Diumpamakan Ikan.......

Atas masalah teknikal, gambar dalam topik ni tiba - tiba hilang. Aku sedang berusaha untuk mendapatkan semula gambar tersebut dari Nur Izyan Hazwani.

Harap maaf

Thursday, 18 February 2010

Cadangan 1

Gambar lokomotif YDM4 yang pertama aku rakamkan pada 26 April 2000.

Kepada semua pengunjung laman blog ini, aku bercadang untuk mengwujudkan satu blog khas untuk lokomotif Kelas YDM4. Jangkanya pada 1 Mac 2010 nanti dengan nama ydm4malaysia.blogspot.com.

Antara lain ianya akan mengandungi sejarah, spesifikasi, bilangan dan tentunya gambar lokomotif ini yang boleh kita lihat di seluruh jajaran KTMB. Aku akan cuba mendapatkan gambar lokomotif ini yang mengalami kegelinciran di Gurun dan Kempas Baru. Gambar lokomotif ini yang pernah digunakan sebagai shunter juga akan diusahakan.

Jika kalian punyai apa - apa cadangan, mohon majukan ke sini untuk sama - sama kita menjayakannya.

Kerjasama daripada kalian adalah dialu - alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Kenangan Mengusik Jiwa

Dalam kunjungan aku ke Butterworth baru - baru ini, aku sempat untuk mengabadikan gambar dua buah lokomotif lama yang aku rasa baru saja dicat semula.

Lokomotif 564.25 Kuala LumpurLokomotif Langsir 151.01

Ini pula gambar yang diambil pada 17 Jun 2007 Sesungguhnya kedua - dua lokomotif itu menyimpan seribu satu kenangan suka dan duka sewaktu memberi khidmat bakti kepada KTM. Kalau boleh mahu saja aku membelinya dan pamerkan di halaman depan rumah!