(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Sunday, 25 April 2010
Brighton..2 Bristol Rovers..1
Gol menerusi sepakan penalti oleh Elliott Bennett pada masa kecederaan separuh masa kedua telah memberikan satu lagi kemenangan buat pasukan Brighton dalam perlawanan sengit menentang pasukan Bristol Rovers di Stadium Withdean, malam tadi.Satu lagi gol pasukan Brighton adalah jaringan Ashley Barnes pada minit ke-17 separuh masa pertama.
Brighton memulakan perlawanan dengan Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap pasukan yang menang 1-0 di Southend hari Sabtu lepas.
Chris Holroyd dipilih untuk menguatkan bahagian hadapan dan berpasangan dengan Ashley Barnes. Gavin Hoyte pula menggantikan Inigo Calderson yang tercedera dan Alan Navarro mengambil tempat Diego Arismendi, yang terpaksa memanaskan bangku pemain simpanan. Steve Cook juga tersenarai sebagai pemain simpanan.
Seramain 6,922 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik ini.
Tiga mata berharga dari kemenangan ini membawa pasukan Brighton menduduki tangga ke-13 liga dengan mengumpulkan 55 mata daripada 44 perlawanan.
Perlawanan seterusnya adalah pada 1 Mei 2010 menentang pasukan MK Dons di Stadium MK, Denbigh, Buckinghamshire.
Albion: (4-4-2) Brezovan; Hoyte, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro (Arismendi 90+2), Hendrie (Dicker 74) Holroyd (Murray 61), Barnes. Pemain simpanan yang lain Walker (GK), Virgo, Carole, Cook.
Saturday, 24 April 2010
Pameran Maritim Lumut
Bersempena dengan sambutan Hari TLDM Ke 76 pada 27 April nanti, satu pameran maritim diadakan mulai 23 - 25 April 2010. Tapak pameran ini adalah bersebelahan dengan Jeti Feri Lumut - Pulau Pangkor.
Peta panduan yang terdapat di salah sebuah bangunan Lumut Waterfront
Perkarangan Terminal Jeti Lumut
Sebahagian gerai yang mengambil bahagian
Ini adalah booth BNSSB. Boleh dapat ballpen dan keychain percuma sebagai cenderahati.
Ini booth APMM.
Ini kapal polis marin yang baru. Ia dibina di Limbungan Geliga, Kemaman, Terengganu.

Yang ini pun baru jugak

Bandar Tentera Laut Lumut dihiasi dengan banner yang cantik
Perkarangan Terminal Jeti Lumut
Yang ini pun baru jugak
Kalau nak lihat dengan lebih jelas kapal-kapal tadi, sila kunjungi booth Pasukan Gerakan Marin ini.
Ada banyak info di sini
Ini booth Markas Udara TLDM
Ada model helikopter
Banner yang terdapat di pintu masuk booth Markas Udara TLDM.
Ini pula plak KD SRI MELAKA
Ini booth Pusat Hidrografi Nasional.
Booth ini terdapat banyak info mengenai hidrografi antaranya Jadual Pasang Surut Air Laut, Peta Laut, Notice For All Mariners dan banyak lagi.
Nak jadi Mat Navy? Boleh dapatkan maklumat di booth ini.
Ini booth Pasukan Pertahanan Udara TLDM
Ini gerai Persatuan Perahu Layar
Aktiviti persatuan ini turut dipaparkan
Sebahagian peralatan yang digunakan oleh pelayar turut dipamerkan
Inilah rupanya perahu layar kepada siapa tak pernah lihat
Ini pula plak KD SRI MELAKARumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan
Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan
Rumah yang bersih
Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
Sentiasa berzikir (ahli rumah mendirikan solat dengan sempurna)
Penghuninya jujur dan menepati janji
Penghuninya memakan makanan yng halal (dan cara mendapatkannya juga halal)
Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra)
Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu dan Bapa
Subscribe to:
Posts (Atom)