Tuesday, 9 November 2010

Makam Raja Melewar

Tidak jauh dari Replika Istana Raja Melewar, terletak pula Makam Raja Melewar.

Papan tanda Makam Raja Melewar

Tangga menaiki kawasan makam

Sedikit penerangan tentang Makam Raja Melewar

Terdapat tiga makam di kawasan ini

Persekitaran makam yang dikelilingi oleh pokok getah
Kalian boleh mengunjungi makam ini dengan mudah kerana ianya terletak di tepi jalan raya tidak jauh dari persimpangan Kampung Astana Raja. Malah jika kalian rajin, kalian boleh berjalan kaki dari kawasan Replika Istana Raja Melewar untuk datang ke makam ini.

Replika Istana Raja Melewar

Pada cuti sempena Deepavali yang baru lalu, aku dan keluarga menjenguk ke kampung halaman yang dah lama aku tak kunjungi.

Kampung Astana Raja, itulah nama kampung kelahiran ayah aku. Sebuah kampung kecil yang terletak di dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Aku mengambil masa yang singkat untuk melawat ke Replika Istana Raja Melawar.

Papan Tanda Kampung Astana Raja


Ini adalah Replika Istana Raja Melewar, yang terletak di sebelah kanan jalan raya menuju ke Pekan Lubok China.

Sedikit penerangan tentang replika tersebut

Keindahan replika istana yang menarik perhatian ramai pengunjung

Terdapat kedai menjual cenderahati, tempat memakir kenderaan yang luas dan juga tandas yang disediakan oleh pihak pengurusan Muzium Negeri Sembilan yang mengawal selia replika istana ini.

Brighton & Hove Albion..0 Woking..0

Brighton & Hove Albion sekadar mencatat keputusan seri 0 - 0 ketika menentang Working di Stadium Withdean pada hari Sabtu, 6 November 2010 dalam Pusingan Pertama Piala FA England musim 2010/11.

Seramai 5,868 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik dan juga mendebarkan ini.

Brighton akan berentap sekali lagi dengan pasukan Woking pada hari Selasa, 16 November 2010 di Stadium Kingsfisher, Woking dalam perlawanan ulangan.

Pemenang perlawanan ulangan tersebut akan menjadi tuan rumah kepada pasukan FC United of Manchester dalam Pusingan Kedua Piala FA England pada hari Sabtu, 27 November 2010.

Albion: (4-4-2) Brezovan; Calderon, Elphick, Dunk, Painter (Jamie Smith 73); Baz (Hart 60), Dicker, Bridcutt, Sparrow; Murray (Battipiedi 53), Barnes. Pemain simpanan yang lain: Poke (GK), El-Abd, Taricco, Bennett.

Friday, 5 November 2010

Status Terkini - Gangguan Perkhidmatan Tren Di Wilayah Utara

3 November 2010 – Banjir besar yang melanda negeri Kedah dan Perlis masih tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Ekoran kejadian ini, perkhidmatan tren KTM Antarabandar terpaksa dibatalkan pada 3 dan 4 November 2010 (Rabu dan Khamis) di antara kawasan Arau – Tunjang (KM104.0 – KM104.5).

Kedudukan terkini perkhidmatan tren KTM Antarabandar ialah:

a) Ekspres Antarabangsa (Bangkok – Butterworth – Bangkok) – Perkhidmatan dibatalkan;

b) Ekspres Senandung Langkawi (KL Sentral – Hatyai) -Tren ini hanya akan meneruskan perjalanan ke Stesen Alor Setar sahaja dan penumpang boleh menggunakan pengangkutan alternatif yang ada seperti bas dan teksi di Stesen Alor Setar ;

c) Ekspres Senandung Langkawi (Hatyai – Kuala Lumpur) - Perkhidmatan ini dibatalkan namun begitu, penumpang dari Stesen Bukit Mertajam dan mana-mana stesen selepasnya yang menuju ke Kuala Lumpur boleh menaiki tren Ekspres Senandung Mutiara yang berlepas pada jam 11.00 malam di Stesen Bukit Mertajam;

d) Perkhidmatan kargo – Tren ini akan berhenti di Stesen Butterworth sahaja.

Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Para penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan.

Perubahan Jadual Perjalanan Tren

Untuk makluman, bermula dari tarikh 24 Oktober 2010, jadual waktu bagi Tren Shuttle Pantai Timur No. 81,86, 83,84, 85 dan 92 telah dijadualkan semula.

Manakala mulai 01 November 2010, jadual tren shuttle antara Kuala Lipis-Singapura-Kuala Lipis telah dijadualkan semula.

Keputusan Bolasepak Brighton & Hove Albion

Sepanjang tempoh aku berehat dari mengemaskini blog ini, prestasi pasukan bolasepak Brighton & Hove Albion menjadi semakin baik. Brighton kini mengungguli Liga 1 nPower dengan kelibihan 8 mata dari pasukan di tangga kedua.

9 Oktober 2010
Brighton1Bournemouth1
LuaLua 61
Pugh pen 90
Penonton: 7348
Half-time: 0-0


16 Oktober 2010
Charlton0Brighton4
Calderon 26
Murray 62
LuaLua 81
Sparrow 90
Penonton: 18949
Half-time: 0-1


23 Oktober 2010
Brighton2Yeovil0
Murray 43
Calderon 56
Penonton: 7253
Half-time: 1-0


30 Oktober 2010
Peterborough0Brighton3
A Barnes 16 , pen 62
Calderon 33
Penonton: 10116
Half-time: 0-2


2 November 2010
Brighton3Exeter0
El-Abd 7
Barnes pen 30 , 77
Penonton: 7212
Half-time: 2-0

Kedudukan Liga 1 nPower pada hari Khamis 4 November 2010

PasukanPTempat SendiriTempat LawanMataBeza
Gol
MSKJBMSKJB
Brighton 156201554211233419
Huddersfield 154211264041311268
Colchester 15341131234085264
Peterborough 1550221153141113254
Charlton 15421773231513252

Hai....

Salam buat semua.

Aku minta maaf sebab dah lama benar aku tak mengemaskini blog ini kerana tak punya banyak masa untuk itu dan ini.

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat berpindah ke Kuala Lumpur dan telah mula bekerja di Lembah Klang sejak sebulan yang lalu. Oleh kerana sibuk di pejabat pada waktu pagi dan mengemas di rumah pada waktu petang, hampir setiap malam aku tidur awal kepenatan.

Insyallah, mulai saat ini aku akan cuba untuk menyambung kembali aktiviti dalam blog ini.

Terima kasih atas kesabaran dan ingatan kalian terhadap aku. Aku hargai semua itu.