Wednesday, 15 April 2015

Senarai Stesen Keretapi Dari Hatyai Ke Selatan


Sejak kebelakangan ini sudah ramai kawan-kawan aku yang telah mula meneroka landasan keretapi Negara Thai yang dahulu dikenali sebagai Royal State of Siam Railway (RSR) dan kini sebagai State Railway of Thailand (SRT) terutamanya landasan di sebelah selatan.

Walaupun mereka tak minta apa-apa pun daripada aku, tetapi aku rasa ada di antara mereka yang masih tidak mempunyai senarai stesen dan perhentian bagi perjalanan dari Hat Yai ke Sungai Golok dan dari Hat Yai ke Padang Besar.

Oleh yang demikian, aku kongsikan pada kalian senarai nama stesen dan perhentian bagi kedua-dua laluan tersebut seperti di bawah ini:

LALUAN HAT YAI – SUNGAI GOLOK – RANTAU PANJANG

KM
NAMA STESEN / PERHENTIAN
CATATAN
928.58
Hat Yai Junction

931.1
Khlong Rien
 Telah ditutup
936.2
Kuan Jong
 Telah ditutup
940.26
Na Muang

953.75
Wat Khuan Mit

960.2
Kuan Pa Ching
 Telah ditutup
964.5
Chana

972.1
Tha Maenglak

980.79
Ko Saba

991.99
Thaepha

999.99
Ta Paet

1003.27
Ban Nikhom

1009.21
Pattani
Juga dikenali sebagai Khok Pho
1016.73
Na Pradu

1020.09
Wat Chang Hai

1021.29
Pa Rai

1026.07
Khlong Sai

1031.59
Tase

1034.88
Ban Yupo

1038.74
Yala

1048.8
Mai Kaen

1051.95
Ban Patae

1056.82
Raman

1061.7
Balo

1071.19
Ruso

1075.98
Ban Salo Bukit Yuerae

1081.77
Lalo

1089.46
Marubo

1093.96
Kadae

1099.5
Tanyong Mat

1105.45
Pa Phai

1111.15
Cho Ai Rong

1115.83
Bukit

1119.62
Ai Satia

1125.65
To Daeng

1130.1
Sungai Padi

1137.14
Khok Saya

1142.99
Sungai Kolok

1144.293
Sempadan Malaysia – Thai

1146.0
Rantau Panjang


LALUAN HAT YAI – PADANG BESAR

KM
NAMA STESEN / PERHENTIAN
CATATAN
928.58
Hat Yai Junction

934.7
Ban Pru
 Telah ditutup
945.1
Sala Tung Song
 Telah ditutup
952.64
Khlong Ngae

961.1
Kongram
 Telah ditutup
968.5
Ban Ta Kai
 Telah ditutup
973.16
Sor Tor Lor

973.316
Sor Tor Lor 973.316
Terdapat tiga landasan gegelong di stesen ini yang lebih merupakan sebuah stesen operasi.
973.3
Padang Besa (Thai)
Stesen Baru
973.5
Sempadan Malaysia - Thai

973.84
Padang Besar


* Jarak kilometer (KM) dikira mulai Stesen Bangkok.

Monday, 13 April 2015

Status Terkini Gangguan Perkhidmatan Tren Di Sektor Lembah Klang


Kepada kalian yang selalu menggunakan perkhidmatan keretapi sama KTM Komuter, ETS atau Antarabandar, aku sekadar ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf sistem semboyan dan komunikasi masih lagi diteruskan antara Stesen Simpang Batu dan Stesen Simpang Pelabuhan Klang.

Kerja-kerja naiktaraf dilakukan bagi melancarkan perjalanan tren dari keempat-empat laluan selepas ini. Empat laluan yang aku maksudkan adalah laluan ke utara, selatan, arah Batu Caves dan arah Pelabuhan Klang.

Laluan Simpang Batu - Simpang Pelabuhan Klang - Simpang Batu dijangka akan menerima trafik yang lebih banyak apabila komuter digerakkan ke Gemas dan ETS dilarikan antara KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral.

Kesabaran kalian sewaktu menggunakan semua perkhidmatan KTMB adalah dihargai.  

Kejatuhan Brighton & Hove Albion

Apa sudah jadi kepada pasukan Brighton & Hove Albion sekarang?
Itulah persoalan yang bermain di benak fikiran selepas melihat pasukan kesayangan ku ini semakin hari semakin menurun prestasinya.

Sebelum Gus Poyet dipecat, Brighton hampir melangkah ke Liga Perdana Inggeris tetapi tewas di peringkat 'play-off' kepada musuh tradisi, Crystal Palace. Tetapi sejak itu pengurus pasukan telah bertukar sebanyak tiga kali dengan pengganti Poyet adalah Oscar Garcia, kemudian Sami Hyypia dan kini Chris Hughton.

Gus Poyet
Simon Garcia
Sami Hyypia
Chris Hughton
Kini Brighton menduduki tangga ke-19 Liga Kejuaraan dengan berbaki 4 perlawanan. Brighton perlu mengutip seberapa banyak mata bagi mengelak jatuh ke League 1 pada musim akan datang.

Ramai pemain baru (sama baru dibeli atau dipinjam dari kelab-kelab lain) dibawa masuk bagi menguatkan kesebelasan utama Brighton tetapi hasilnya amat mendukacitakan.

Apapun aku berharap agar prestasi Brighton & Hove Albion pada musim akan datang jauh lebih baik daripada musim ini.

Jumpa Kembali

Banyak perkara yang telah berlaku sewaktu aku menyepi dari menulis blog ini. Bukan aku sudah tidak mahu menulis, tetapi aku mahu melihat sejauh mana aku boleh bertahan tanpa menemui kalian... ternyata aku gagal kerana aku tidak dapat berkongsi cerita yang telah aku lalui sedangkan kalian meneruskan penghidupan kalian seperti biasa.

Aku lebih banyak menulis di Facebook lantaran ada ramai kawan di sana, tetapi menulis di sini adalah lebih baik kerana isi kandungannya mudah untuk dicari semula.

Pernah seorang kawan bertanya, apakah perbezaan antara blog dengan FB? Pada aku kedua-duanya tidak punya berbezaan kerana kedua-duanya berfungsi untuk menyebarkan maklumat....

Tepuk daya tanya hati......