Wednesday, 29 September 2010

Brighton & Hove Albion..1 Brentford..0

The Seagulls terbang tinggi. Ungkapan yang boleh diberikan pada ketika ini selepas pasukan Brighton & Hove Albion mencatat satu lagi kemenangan di Stadium Withdean pada 28 September 2010 yang lalu. Menang 1 – 0 ke atas pasukan Brentford sudah cukup untuk brighton mengekalkan kedudukan selaku peneraju Liga 2 nPower.

Gus Poyet melakukan tiga perubahan terhadap pasukan yang menang 2 - 1 ketika menentang Oldham Athletic pada hari Sabtu lepas, dengan Fran Sandaza membuat penampilan pertama bersama kesebelasan utama.

Penyerang berasal dari Sepanyol itu, yang menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan hari Sabtu lepas, menggantikan Glenn Murray untuk berpasangan bersama Ashley Barnes.

Matt Sparrow telah membuktikan kecergasan beliau dan mengambil tempat Gary Dicker di bahagian tengah, manakala Radostin Kishishev menggantikan Liam Bridcutt.

Lewis Dunk diletakkan di bangku simpanan mengambil tempat Gordon Greer, yang diberikan cuti khas selepas isteri beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Kazenga LuaLua pada minit ke-78.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kekal di tangga teratas Liga Satu nPower dengan mengumpulkan 20 mata daripada 9 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Tranmere Rovers di Prenton Park, Tranmere pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Kishishev (Bridcutt 60), Sparrow (Dicker 54), LuaLua; Barnes, Sandaza (Murray 60). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Dunk, Baz, Battipiedi.

Tuesday, 28 September 2010

Brighton & Hove Albion..2 Oldham Athletic..1

Brighton & Hove Albion terus terbang tinggi. Kemenangan 2 – 1 ke atas Oldham Athletic pada 25 September 2010 di Stadium Withdean membuktikan kemampuan anak-anak buah Gus Poyet pada awal musim baru ini.

Gol-gol Brighton adalah hasil jaringan Ashley Barnes pada minit ke-43 dan Fran Sandaza pada masa kecederaan. Gol tunggal Oldham jaringan Lewis Alesandra pada minit ke-30.

Gus Poyet membuat satu perubahan terhadap pasukan yang menang 2-0 di Plymouth pada pertengahan minggu lalu, dengan Kazenga Lualua kembali dalam senarai kesebelasan utama.

Pemain sayap negara Congo itu menggantikan Matt Sparrow, yang gagal untuk menyambar beberapa peluang baik sewaktu bermain di Home Park.

Gordon Greer dan Radostin Kishishev kembali ke dalam pasukan dan dinamakan sebagai pemain simpanan.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini mendahului Liga Dua nPower dengan mengumpul 17 mata daripada 8 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Brentford juga di Stadium Withdean pada hari Selasa 28 September 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Dicker (Kishishev 60), Bridcutt, LuaLua; Barnes, Murray (Sandaza 71). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Greer, Battipiedi, Baz, Jamie Smith.

rindu jangan menangis pun jangan


hati lara dilambung duka
tanda kasih terguris luka
terbayang wajah senyum irama
mengeluh kalbu menangis sukma
lama kita dialun kenangan
rindu jangan menangis pun jangan
jiwa mesra didakap kenangan
mungkinkah mesra jiwa sayang
tidak usah putus di ambang
karam di laut kerna gelombang
karam di hati jiwa memendam..............

Friday, 24 September 2010

Orang Yang Tabah.....

Orang yang tabah tidak akan takut, kerana ia berani

Orang yang tabah tidak akan menyerah, kerana ia melawan

Orang yang tabah tidak terburu-buru, kerana ia sabar

Orang yang tabah tidak akan kehilangan akal, kerana ia tenang

Orang yang tabah tidak akan mundur, kerana ia teguh

Wednesday, 22 September 2010

Plymouth Argyle..0 Brighton & Hove Albion..2

Seagulls terbang tinggi…. Itulah yang dapat aku ungkapkan apabila pasukan Brighton menang 2 – 0 ketika menentang Plymouth Argyle di Home Park, awal pagi tadi (21 Sept 2010). Gol jaringan Tommy Elphick pada minit ke-22 dan Ashley Barnes pada minit ke-33 sudah memadai buat anak-anak buah Gus Poyet untuk mengukuhkan kedudukan dalam Liga Satu nPower musim ini.

Liam Bridcutt memulakah perlawanan pertamanya untuk The Seagulls di mana Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 0 – 0 ketika menentang Carlisle United pada hari Sabtu lepas.

Pemain tengah Albion itu menggantikan Radostin Kishishev yang direhatkan, sementara Ashley Barnes juga kembali tersenarai dalam kesebelasan utama, yang mana Albion kembali kepada formasi 4-4-2.

Barnes menggantikan pemain sayap Kazenga LuaLua, yang dinamakan sebagai pemain simpanan.

Ketua pasukan Gordon Greer terpaksa diketepikan sekali lagi kerana sedang bersama isteri beliau yang sarat hendak bersalin.

Seramai 7,078 orang penonton menyaksikan Brighton menang untuk melonjakkan pasukan itu menduduki tangga kedua Liga Satu nPower di belakang Huddersfield Town, dengan mengumpulkan 14 mata daripada 7 perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah menentang Oldham Athletic di Stadium Withdean pada hari Sabtu, 25 September 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Bridcutt, Dicker, Sparrow (LuaLua 60); Barnes, Murray (Sandaza 70). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Jamie Smith, Baz, Battipiedi, Dunk.

Tuesday, 21 September 2010

MMRL Project

Makkah - Madinah Rail Link (MMRL) adalah laluan baru landasan keretapi yang membentuk sebahagian daripada projek utama di Arab Saudi untuk memberi kemudahan kepada kawasan kediaman, perindustrian, pelabuhan dengan Makkah dan Madinah.

Projek ini termasuk pembinaan 950 kilometer laluan di antara Riyadh dan Jeddah, selain 115 kilometer di antara Jubail dan Damman.

Sementara itu, landasan dan keretapi elektrik di Makkah dan Arafah telah diuji. Keretapi ini mempu membawa 70,000 penumpang setiap jam dengan kelajuan antara 50 hingga 70 kilometer sejam. Setiap set keretapi mengandungi 12 gerabak.

Keretapi ini dilengkapi dengan segala keperluan jemaah haji dan juga warga emas. Stesen pula dilengkapi tangga elektrik dan lif besat bagi memudahkan perjalanan penumpang.

Panjang landasan ini adalah 18 kilometer dan melalui bahagian tengah jalan raya. Landasannya juga tidak mengganggu zon khemah jemaah haji sedia ada dan rekaan turut mengambil kira peningkatan jumlah jemaah haji di masa akan datang.

Carlisle United..0 Brighton & Hove Albion..0

Kunjungan Brighton & Hove Albion ke Brunton Park, Carlisle pada 18 September 2010, nampaknya tidak menghampakan. Satu mata berharga diperolehi apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 0 – 0 .

Gus Poyet hanya membuat satu perubahan dalam kesebelasan utama sewaktu menang ke atas MK Dons hujung minggu lalu, dengan membawa Gary Dicker sebagai salah seorang daripada lima pemain tengah.

Ashley Barnes turut tersenarai dan diletakkan sebagai pemain simpanan bersama Fran Sandaza, yang buat pertama kali disenaraikan sejak menyertai brighton pada awal September lalu.

Agustin Battipiedi dan Lewis Dunk juga tersenarai sebagai pemain simpanan, tetapi nama Gordon Greer tidak kelihatan.

Seramai 6,039 penonton berbayar telah hadir menyaksikan perlawanan ini. Perlawanan seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang pasukan Plymouth Agyle di Home Park pada hari Selasa 21 September 2010.

Dengan keputusan seri ini, Brighton kini menduduki tangga ke 8 Liga Satu nPower dengan mengumpulkan 11 mata daripada 6 perlawanan.

Albion: (4-5-1) Ankergren; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett (Baz 62), Sparrow, Kishishev, Dicker, LuaLua (Barnes 62); Murray. Pemain simpanan yang lain: Brezovan, Battipiedi, Sandaza, Bridcutt, Dunk.