Friday 3 July 2009

Keretapi Sungei Ujong

Landasan persendirian yang pertama yang kemudian menjadi sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan masih sibuk serta memberi hasil pendapatan yang tinggi selepas beberapa tahun, adalah landasan antara Port Dickson dan Seremban. Dikenali Sebagai Keretapi Sungei Ujong dan dipunyai oleh Sungei Ujong (Malay Peninsula) Railway Company Ltd., landasan sepanjang 24¾ batu ini mula dibuka kepada trafik pada 4 November 1890. Agen kepada syarikat ini adalah Messers Gilfillan Wood & Co. di Singapura. Messers Hill and Rathborne pula adalah kontraktor yang membina landasan.

Satu majlis telah diadakan pada 28 Julai 1891 apabila pihak syarikat telah mengambil alih secara rasmi landasan daripada kontraktor. Wakil agen adalah Mr. Miller, Konsultan Jurutera Mr. Swan dan TYT John Burkinshan dan G. S. Murray telah tiba dari Singapura dengan kapal laut untuk menghadiri upacara ini dan telah diberi peluang untuk menaiki keretapi khas dari Port Dickson ke Seremban, yang pada masa itu adalah sebuah bandar utama Sungei Ujong (sekarang Negeri Sembilan).

Pengurus Besar yang pertama adalah Mr Cree Maitland yang mendiami sebuah banglo kayu berhampiran dengan stesen keretapi Port Dickson. Banglo ini kemudiannya telah diubahsuai untuk dijadikan Banglo Percutian Kakitangan Keretapi bermula pada 1 November 1913. Bangunan stesen keretapi Sungei Ujong, yang dihiasi dengan corak-corak besi, masih kukuh pada hari ini sebagai stesen keretapi Port Dickson kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Keretapi Sungei Ujong telah dibeli oleh Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 28 Julai 1908, tujuh tahun selepas beroperasi sendiri.

Pengurus Besar yang terakhir adalah Mr James McClylmont yang mana namanya telah diabadikan di sebatang jalan yang menuju ke Stesen Keretapi Port Dickson sekarang.

Walau bagaimanapun, setelah berlakunya kemalangan sebuah keretapi 15 gerabak tangki memuatkan gas LPG dan diesel dari Pusat Penapisan Port Dickson di Tapis Minyak, tergelincir di Kilometer 13.6 di Kampung Pulai, Kuala Sawah, Rantau, pada petang 11 Julai 2008, tiada lagi kelihatan pergerakan tren di laluan ini.

2 comments:

  1. Hujung bulan mei 09, sya ade g "ziarah" sejumlah BTO kat tapis minyak PD.. Landasan sediada kelihatan tak terurus.. Kawan2 sya yang tak minat keretapi pun da jadi minat..Tren kelas 25 terbalik kat Siliau tu kire last lah.. Paling sedih, trek lepas tapis minyak ke PD, semak.. fastener pun banyak da hilang coz sleeper pun dan hancur.

    ReplyDelete
  2. ooooo... pengikat tu rasanya ada orang dah curi untuk jual sebagai besi buruk......

    ReplyDelete