Sunday 8 November 2009

Sisian Segamat Inland Port

Sisian Pelabuhan Dalaman Segamat ini juga dikenali sebagai Segamat Inland Port (SIP). Ia terletak di antara KM 598.0 – 598.25 laluan Genuang – Tenang. Landasan utama sisian ini bercawang dari jalan ibu di sebelah kanan perjalanan tren arah turun. Landasan utama sisian adalah sepanjang 695 meter dan siap dibina pada 9 Disember 1998.

Sisian ini mengandungi tiga landasan perkhidmatan.
a. Sisian Nombor 1 panjangnya 502 meter untuk menampung 60 unit gerabak empat roda.
b. Sisian Nombor 2 panjangnya 498 meter untuk menampung 58 unit gerabak empat roda.
c. Sisian Nombor 3 panjangnya 480 meter untuk menampung juga 58 unit gerabak empat roda.

SIP merupakan pelabuhan darat kedua selepas tertubuhnya Ipoh Cargo Terminat (ICT) pada 1 November 1989. Dengan adanya SIP ini, kemudahan - kemudahan seperti pelabuhan sebenar dapat diberikan kepada pengimpot dan pengekspot di sekitar Segamat, Muar, Tangkak, Kluang, Batu Pahat, Yong Peng, selatan Negeri Sembilan dan Melaka.

Keseluruhan kawasan yang dibangunkan untuk SIP ini ialah seluas 23 hektar.

2 comments:

  1. salam. sy drpd studnt degree in maritime management umt. sy sedang mencri tempt LI for last semester on feb 2013. juz bertanya syarikat ini m'mberi peluang stdent LI.

    ReplyDelete
  2. Segamat Inland Port is not situated at Mile 12th of Jalan Genuang. It is situated at Mile 7th of Jalan Labis, next to the Rahman college Johor campus and the 2nd Segamat Industrial area, Segamat Johor.

    Please correct this mistake.

    ReplyDelete