Wednesday 28 September 2011

Lagu Penawar Rindu

Minat dengan lagu Penawar Rindu?

Lagu ini merupakan sebuah lagu berentak ghazal ciptaan Atan Ahmad yang dipopularkan oleh penyanyi Datin Orchid Abdullah dan dirakam pada tahun 1970 . Orchid merakamkan lagu ini dengan iringan kumpulan Orkes Sri Kenangan Batu Pahat. Lagu ini menjadi salah sebuah lagu ghazal yang paling popular dalam sejarah muzik Melayu serantau dan sering dinyanyikan dalam persembahan orkes Melayu.

Sejak era 1980an, lagu ini sering menjadi pilihan untuk dijadikan nafas baru ataupun eksperimen. Biduanita tersohor Datin Rafeah Buang merakamkan semula lagu ini dengan iringan ghazal moden dalam album beliau yang berjudul Di Luar Jendela pada tahun 1982. Ia mempopularkan lagu ini sepanjang era 80an.

Kemudian dalam tahun 1992, lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi bersuara serak - serak bawah, Wann dalam album Koleksi Nostalgia Vol. 3

Pada tahun 2004, Ratu Pop Tradisional Noraniza Idris merakamkan lagu ghazal ini dengan versi pop kontemporari dalam album solo beliau Sawo Matang. Muziknya dirancakkan lebih sedikit dan Noraniza menggabungkannya dengan pop dan menjadi sebuah lagu fusion. Album tersebut berjaya memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005.

Setahun kemudian, giliran penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah pula merakamkan lagu ini dan menariknya lagu ini dirakamkan dalam bentuk R&B. Ia diperdengarkan kepada umum ketika berlangsungnya acara Anugerah Juara Lagu Ke - 21 pada tahun 2006.

Selepas meluncurnya single Penawar Rindu versi R&B oleh Dayang, nyanyian penyanyi ini dijadikan sample dalam lagu Taurus oleh penyanyi Singapura, Imran Ajmain. Ia sebuah lagu R&B yang digabungkan dengan irama Hip Hop dan sampling nyanyian Dayang dimuatkan sebagai korus.

Kumpulan pop rock Butterfly merakamkan lagu ini dengan versi alternatif dalam album mereka pada tahun 2007.

Selain daripada yang dinyatakan di atas, lagu Penawar Rindu ini juga pernah dinyanyikan oleh Hasnah Kaha dan juga Abot (Album Rock Dangdut - Tahun 2002).

Berikut adalah lirik lagu tersebut:

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
( ulang 2X )

Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta

Penawar rindu padamu seorang

Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
( ulang 2X )

Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah lagi lagu yang mempunyai judul yang sama, tetapi lirik dan iramanya berbeza. Di bawah ini terdapat versi lagu Penawar Rindu tersebut yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi:

1. Taufik Haji Ali
2. Razis Ismail

Berikut pula lirik untuk lagu di atas:

jangan dikirimkan rindu
kepada angin sedang lalu
tak akan boleh kiriman mu
menghibur hati ku nan pilu

jika direnungkan bulan
terbayang peristiwa dulu
jika datangnya kenangan
menambahkan pilu di kalbu

hati diracunkan cinta
melarat bila kau menjauh
hanya penawarnya pelukan asmara
berdamping berdua bersama

pulanglah kekasih ku pulang
bawalah penawar merindu
jangan dikirim berita
datanglah bertemu semula

Semoga kalian semua beroleh sedikit maklumat tentang lagu yang sangat aku minati ini.

1 comment: